BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

02 October 2010

'Gangguan' setiap malam

Gangguan yang aku maksudkan dalam entry ni bukan kroni-kroni syaitan dan segala hantu jembalang tapi gangguan yang kami (aku dan mak aku) alami ni tak kurang serius nyer.Adapun gangguan dari makhluk-makhluk ni selalu menjelma setiap malam tanpa pernah dapat cuti 'MC' dan tambah pelik lagi selalu muncul selepas azan Maghrib dan muncul tanpa mengira waktu-walaupun umum nyer kita tahu syaitan kena ikat bulan pose tapi makhluk ni masih ada jugak.Aku berjaya mengambil gambar sekumpulan makhluk tu ketika jam menunjukkan pukul 12.30 am.

Biasanyer makhluk ni ramai tapi malam ni 4 ekor je

Maaf kalu gambar tak 'clear'

Ni la gambar yang aku ambil sorok-sorok (elak kantoi).Kalau nak tahu makhluk ni boleh tidur kat depan rumah orang lain sampai ke pagi..Teruk nyer!

Apela nak jadi budak-budak kampung aku ni.Kecik-kecik macam tu dah pandai hisap rokok.Dah la tu,nak pergi sekolah malas.Aku yang jadi jiran sampai boleh terjaga kalau mak bapak diorang kejut pergi sekolah hari-hari tapi akhir nyer diorang ponteng jugak.Macam-macam lagi la salah laku diorang ni sampai rasa nyer lenguh juga aku nak taip kat sini.

tapi yang paling aku tak boleh terima diorang main judi kat rumah depan aku ni.Bulan pose lak tu..Nampak dengan mata kepala aku sendiri..Aneka jenis judi diorang main..Aku dah tengok dah.Dulu masa aku kecik-kecik,mak bapak diorang yang main.Ni diorang wariskan pulak kat anak-anak diorang...Astaghfirullah...

p/s: InsyaALLAH kalau aku dah kahwin & ada anak,aku akan didik diorang supaya tak jadi macam makhluk-makhluk ni

2 komen:

Raji and Yeen said...

huhu pegi klua bwk penyapu
buat mcm pakcik2 tuh halau budak kecil yg jahat xD

Si-D said...

zaman skrg xleh wat mcm 2 la...nnt abis umah ak diserang nyer....kalau budk2 zaman dulu lain la...mkn saman kalu org tego..haha