BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

30 September 2010

Aku dah ada kamera sendiri

Akhirnyer tercapai jugak la hasrat aku nak memiliki kamera sendiri.Huhu...Gembira nyer..Walaupun orang rasa agak murah tapi bagi aku,aku tak kisah pun.Janji aku ada.Betul tak?

Jenama kamera ni Nikon...Model CoolPix L21..jom tengok specifikasi kamera ni:

Effective pixels
 
8.0 million
Image sensor
 
1/2.5-in. CCD; total pixels: approx. 8.29 million
Lens
 
3.6x zoom NIKKOR; 6.7-24.0mm (35mm [135] format picture angle: 41-145mm); f/3.1-6.7; Digital zoom: up to 4x (35mm [135] format picture angle: Approx. 580mm)
Focus range (from lens)
 
30cm (1 ft.) to infinity (∞); Macro close-up mode: 5cm (2 in.) to infinity (∞)
Monitor
 
6.2cm(2.5-in.), approx. 230k-dot, TFT LCD
Storage media
 
Internal memory (approx. 19 MB), SD memory cards*1
Image size (pixels)
 
3264 x 2448★ (8M), 3264 x 2448 (8M), 2592 x 1944 (5M), 2048 x 1536 (3M), 1024 x 768 (PC), 640 x 480 (VGA), 3200 x 1800 (16:9)
Vibration Reduction
 
Electronic VR
ISO sensitivity
 
Auto (auto gain ISO 80-1600)
Interface
 
Hi-Speed USB
Power sources
 
Two LR6/L40 (AA-size) alkaline batteries (supplied), two FR6/L91 (AA-size) lithium batteries (optional), two EN-MH2 rechargeable Ni-MH batteries (optional), AC Adapter EH-65A (optional)
Battery life *2
 
Approx. 280 shots with alkaline, 780 shots with lithium, or 500 shots with EN-MH2 battery
Dimensions
(W x H x D)
 
Approx. 92.0 x 61.1 x 28.3 mm (3.7 x 2.4 x 1.2 in.) excluding projections*3
Weight
 
Approx. 169 g (6.0 oz.) with battery and SD memory card

Aku ada gak surf internet cari gambar kamera ni..Kat bawah ni antara gambar yang agak 'smart' la jugak


Huhu...puas hati aku.Harap-harap lepas ni boleh la upload gambar-gambar menarik kat blog ni.

p/s: aku dah tukar theme blog ni serta alamatnyer petang tadi.harap maaf

29 September 2010

Berita terkini segar dari otak shidy!

First sekali aku minta maaf la..yelah lama tak update blog aku ni.Lame la sangat!..Ada banyak benda aku nak beritahu ni.Kalau buat karangan agak nye mahu lengkap macam  esei.Ok kot aku buat point-point je macam powerpoint...

1) Beritahu berita baik dulu bagi aku la.Mula-mula sekali aku dah ada broadband.Hahaha...Lepas ni tak perlu la bersusah payah ke CC untuk meng'update' blog aku.Cukup dengan 'terbongkang' didalam bilik tidur aku.Tak perlu meggerakkan badan dengan naik motor.Cukup gerakkan otak aku sedikit dan jari diatas keypad.

MySpace

2) Hari ni aku tak ada kelas.Just petang je aku ada koku..Kira cuti umum la bagi aku hari ni.Tapi tak dapat makan free sebab hari ni UTeM buat rumah terbuka.Tak berbaloi la pergi sana semata-mata nak makan.Petang nanti aku datang lagi.

3) Syukur alhamdulillah tadi aku dan mak aku pergi ke kedai membuat batu nisan.So aku tempah la batu nisan untuk arwah ayah aku..Jenis batu marmar dan harga dia rm800 tapi dapat kurang jadi rm750.Okla tu kan.Aku keluarkan duit aku rm500..Ala aku tak kisah pun..Lagipun ni kubur ayah aku..Takkan la aku nak berkira..sementara Allah bagi rezeki lebih kat aku sekarang..Gunakan la sebaik nyer.

4) Lagi satu berita baik aku dah tukar glasses baru.Nampak 'macho' sikit.Isnin lepas aku start pakai tapi geng aku tak perasan kot!.Lagipun bukan aku nak menunjuk.Keperluan kot bagi aku.Yela kalu tak pakai memang nampak kabur la nombor kat lampu isyarat.Sampai macam tu sekali serius nyer..ish3...

MySpace

Harga??Ala beli yang murah jer...Rm168..dah pakai yang baru ni baru la aku rasa selesa sikit.Yang lama hampir 4 tahun aku pakai.Rasa sempit dah.

MySpace

(p/s:lepas ni takde la aku jadi macam beruk kat atas ni bila dalam kelas..haha)

5) Ok sekarang berita buruk.Straight to the point.Laptop aku dah berjangkit virus la..Waa...asyik keluar mesej bodoh jer pasal shortcut.Yang lagi tragik nyer sampai henpon aku pun kena sekali..So tak dapat la aku nak upload gambar dari henpon aku..Minta maaf la kalau lepas ni aku tak sumbat gambar dalam blog ni.

(p/s:Ada gak fikir nak beli kamera tapi tak tau harga berapa..Beli murah sudah la kot!)..

MySpace  

#Ni jela dari aku buat masa ni##Cakap macam ramai pulak yang baca blog ni!#

26 September 2010

Raya belum habis...berjalan raya 1 kemestian..

Semalam aku 'mengayo' jalan raya kat rumah member-member aku..Takla,masa mula-mula raya dulu jalan raya dengan geng aku masa sekolah.tapi masa tu sedikit je rumah yang aku pergi sebab ramai yang tak balik.Rasanya takla meriah sangat berbanding raya sebelum ni.

Tapi semalam aku jalan raya rumah member-member aku kat UTeM pulak..2 rumah je pun semalam tapi nak dekat maghrib juga la baru tayar motor cecah halaman rumah aku ni.Aku bukan taknak berjalan malam-malam ni tapi faham-faham jela aku kan mata 4.waktu malam lagi la tak jelas.Siang hari pun kalau tak pakai memang nampak kabur je nombor kat lampu isyarat.InsyaALLAH hari ni aku pergi beli cermin mata baru kot!.Cermin mata yang lama dah sempit dan kanta pun dah berkabus.

Ok,kembali ke cerita asal..Semalam rumah terakhir aku jajah kat area Sebatu.Nak dekat dengan Muar juga la..tak pernah pergi pun sini.

Masa nak balik semalam aku pun berpisah la dengan konvoi geng-geng aku yang lain sebab nak isi minyak.Bajet nak isi minyak dekat bandar Jasin.Ingatkan dekat tapi 18 km??Dah la minyak tinggal suku je.Perghh..Bawa motor slow jer.Turun bukit tak perah minyak pun.Yang makin mencuakkan laluan tu banyak ladang kelapa sawit dan lagi mencuakkan lagi ada banyak kubur cina dan kristian.kalau kubur islam tak apa la juga.Punya la cuak masa tu.Asyik tengok batu penanda jer,lagi berapa km nak sampai bandar.Nasib baik sempat sampai bandar dan tuang minyak.

p/s: Taubat aku nak lalu situ lagi kalu minyak tak penuh.Jangan buat pasal!!...huishhh

Taubat aku

01 September 2010

Raya dah dekat tapi rasa tak gembira sangat pun..

Nak dekat sebulan tak update blog..pejam celik,pejam celik dah nak dekat raya dah.Cepat tol masa berlalu..Yela masa kan sesuatu yang relatif.hehe

Ok,sebenar nyer aku sedih gak bila nak dekat raya.Tahun ni raya tanpa ayah aku..Kan baru meninggal dunia bulan 6 lepas.Masih rasa baru lagi.Entah bila la aku boleh terima kenyataan.

Yang buat aku marah lak,of course la mercun.Memekak jer malam-malam.Nak relax kat rumah pun tak boleh.Kalau bukan bulan raya dok melepak dan memekak jer tiap-tiap malam depan rumah aku.Aku gelarkan diorang tu anjing..huh!...dah banyak kali tegur pun macam tu gak..Tengok la kalau aku dah hilang sabar,memang aku telefon polis.Apa nak jadi,jadi la.Saudara tak saudara.

Ni sebenarnya aku dok online dalam lab.Sekarang ni ikutkan tengah koku...so curi-curi la peluang yang ada..dah rezeki internet depan mata..okla,nanti ada masa aku update lagi blog ni.

~~~Selamat Hari Raya,maaf zahir dan batin...kecil tapak tangan,tapak kasut aku hulurkan..haha~~~