BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

29 September 2010

Berita terkini segar dari otak shidy!

First sekali aku minta maaf la..yelah lama tak update blog aku ni.Lame la sangat!..Ada banyak benda aku nak beritahu ni.Kalau buat karangan agak nye mahu lengkap macam  esei.Ok kot aku buat point-point je macam powerpoint...

1) Beritahu berita baik dulu bagi aku la.Mula-mula sekali aku dah ada broadband.Hahaha...Lepas ni tak perlu la bersusah payah ke CC untuk meng'update' blog aku.Cukup dengan 'terbongkang' didalam bilik tidur aku.Tak perlu meggerakkan badan dengan naik motor.Cukup gerakkan otak aku sedikit dan jari diatas keypad.

MySpace

2) Hari ni aku tak ada kelas.Just petang je aku ada koku..Kira cuti umum la bagi aku hari ni.Tapi tak dapat makan free sebab hari ni UTeM buat rumah terbuka.Tak berbaloi la pergi sana semata-mata nak makan.Petang nanti aku datang lagi.

3) Syukur alhamdulillah tadi aku dan mak aku pergi ke kedai membuat batu nisan.So aku tempah la batu nisan untuk arwah ayah aku..Jenis batu marmar dan harga dia rm800 tapi dapat kurang jadi rm750.Okla tu kan.Aku keluarkan duit aku rm500..Ala aku tak kisah pun..Lagipun ni kubur ayah aku..Takkan la aku nak berkira..sementara Allah bagi rezeki lebih kat aku sekarang..Gunakan la sebaik nyer.

4) Lagi satu berita baik aku dah tukar glasses baru.Nampak 'macho' sikit.Isnin lepas aku start pakai tapi geng aku tak perasan kot!.Lagipun bukan aku nak menunjuk.Keperluan kot bagi aku.Yela kalu tak pakai memang nampak kabur la nombor kat lampu isyarat.Sampai macam tu sekali serius nyer..ish3...

MySpace

Harga??Ala beli yang murah jer...Rm168..dah pakai yang baru ni baru la aku rasa selesa sikit.Yang lama hampir 4 tahun aku pakai.Rasa sempit dah.

MySpace

(p/s:lepas ni takde la aku jadi macam beruk kat atas ni bila dalam kelas..haha)

5) Ok sekarang berita buruk.Straight to the point.Laptop aku dah berjangkit virus la..Waa...asyik keluar mesej bodoh jer pasal shortcut.Yang lagi tragik nyer sampai henpon aku pun kena sekali..So tak dapat la aku nak upload gambar dari henpon aku..Minta maaf la kalau lepas ni aku tak sumbat gambar dalam blog ni.

(p/s:Ada gak fikir nak beli kamera tapi tak tau harga berapa..Beli murah sudah la kot!)..

MySpace  

#Ni jela dari aku buat masa ni##Cakap macam ramai pulak yang baca blog ni!#

0 komen: