BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 December 2010

Buang karen jer...

Bagi sesiape yang tak tahu karen tu pe binatang nyer ni aku bagitahu..karen = elektrik la..giler habitat korang kat segitiga bermuda pe tak tahu..haha

Mungkin korang pandang sinis saranan aku ni..cewah!!..yela tak bes kan kalau kita kurang guna karen..

"macam mana saya nak aim lubang jamban kalu takde lampu kat jamban??"

"susah la tak dapat update status saya kat fesbuk..baru nak beritahu orang saya gi jamban tadi"

Kalu korang nak tahu kalau penggunaan karen kita kurang dari rm20 sebulan,kita takyah bayar pun bil tu..yup,free of charge tanpa charge-charge negatif yang tersembunyi..kata orang putih (aku la tu..perasan!!)

Tak percaya??

MySpace

percayalahhh....(lagu siti lak)

MySpace

.

.

.

.

.

Ni bil umah aku bulan lepas

Nampak...kena bayar RM0.00

Jadi jimatkan la elektrik terutama nyer dari sekarang..nanti dah beranak 10 baru nak jimat,abis la korang.tapi kalau taknak pening fikir pasal bil sumer,aku ada rumah unik..

.

.

.

.

.

rumah ni takde bil tiap-tiap bulan

(ehsan pakcik google)

Saya tak bodoh..cuma..

Tadi dok message dengan kawan..dia bangkitkan isu tak pandai(read:bodoh)..tiba-tiba aku teringat kenangan aku masa kat sekolah rendah dulu..yup dulu aku sangat la bodoh dalam subjek matematik..Kalau ujian atau peperiksaan selalu markah maths aku ditulis dengan dakwat merah...

kalau tak silap paling rendah pernah aku dapat 6%...tol 6%....mase ujian bulanan kot...tapi dah hilang lak buku rekod tu...Arwah ayah aku jangan cakap la..memang balistik kemarahan dia bila nak sign buku rekod tu...tapi dia tak smash aku dengan rotan@tali pinggang...dia marah jela tak pun cakap dengan nada yang cuak gak la bagi budak sekolah rendah...pedih giler beb!..memang terbakar telinga aku yang cuping beso ni..huish..

MySpace

macam ni beb perasaan aku mase tu(padan muka kau!!)

aku sampai ingat lagi nama cikgu matematik yang selalu denda dan kenakan aku..nama dia cikgu Azian B. Osman...ha mase tu dia bawa iswara warna putih,nombor plat JDM 3171...punya la kuat memori aku dengan dia ni sampai macam tu sekali...

cikgu Azian ni pun ajar aku subjek muzik...ada gak sekali lepas habis je kelas muzik terus kelas matematik dia...hampir 2 jam gak la dok tengok dia..dah la mase tu aku tak siap kerja rumah..memang cuak habis giler.

Kalau ikutkan macam-macam la seksaan aku kena kerana subjek ni terutamanya dari cikgu azian...korang namakan je,sume aku dah rasa..dari kena sebat dengan pembaris kuning yang beso tu,kena penampar(sekali je kot!) sampai la berdiri atas meja dan belakang kelas.semua aku dah rasa...

MySpace

rase nak lari jer dari kelas matematik

Dulu memang la aku simpan gak perasaan marah ni..tapi bila fikirkan balik kalau dapat jumpa cikgu Azian,aku nak sangat salam tangan dengan dia..nak ucapkan terima kasih sebab didik aku dengan bersungguh-sungguh...bayangkan adik korang yang dah darjah 5 tapi tak reti nak buat operasi bahagi..garang dia pun tetap tolong aku sampai la aku reti buat sendiri..bawah ni bukti aku tak bohong korang.hehe

nampak tak 35/D tu??teruk kan?

Tapi hasil usaha aku dan cikgu termasuk la cikgu Azian tu dapat gak aku buat benda yang memang mustahil..yup,mendapat nombor 1 didalam kelas..aku dapat nombor 1 bagi 2 penggal berturut-turut..hahaha(ada unsur riak disitu)..mase darjah 6 gak dapat la aku merase menjadi sorang pustakawan(bukan haiwan ok!)..memang seronok sangat.

MySpace

ni la keputusan masa darjah 6.

masa tu aku terperanjat gak sebab guru besar tulis aku akan gi ke sekolah tinggi melaka..aku taknak masuk asrama lagi sebab rasa masih terlalu mentah untuk semua tu..takla,aku kan anak tunggal...mane leh jauh dari keluarga.hehe...mase masuk matrikulasi barula terpaksa berpisah dari keluarga.

MySpace

jangan harap ko leh manje dengan aku!!

pesanan siput::

  • sekarang ni aku menunggu 1 surat..serius surat tu akan mengubah hidup aku.cewah!!...tapi memang sangat penting..dah dapat nanti aku update dalam blog.

20 December 2010

Contest Cerpen Sesedap Rasa

Hola semua...setelah beberape hari akhir nye aku berada dirumah dengan senang hati nyer..haha...baru bes berukband aku mulai laju.Nak gak join contest ni....tarikh tutup 25hb ni,harap-harap la sempat.Ni contest pertama aku join selama bergelar blogger.Kat bawah ni syarat-syarat pertandingan:

Tipu la kalau aku taknak hadiah kan??hadiah dia dapat topup.Memang berbaloi la bagi aku yang jarang topup henpon ni...haha

Sebelum ni aku ada gak survey-survey blog yang join contest ni tapi hampir sume wat citer lawak yang happy ending.So aku rase elok kalau aku try wat ending yang menyedihkan...Lagipun aku rasa ok kot,tak banyak saingan.huhu

*************************************************************************************

"Poomm..".Bunyi kuat itu mengejutkan Ain Zulaikha.Dia memandang sekeliling.Kelihatan seekor kucing sedang mengusap-usap kepalanya disebelah teksi.

"Hello awek cun,ni lu punye kucing ka?!".tanya apek teksi kepada Ain Zulaikha.

"Takla.Kenapa?".

"Haiya ni kucing la,dia kasi hentam saya punya teksi.Nasib baik itu cuma kemek sikit saja lo..".

Teksi tu pun berlalu pergi.Tiba-tiba muncul seorang budak lelaki dari belakang Ain Zulaikha dan mengambil kucing itu.

"Assalammualaikum.Maaf la sebab susahkan awak tadi.Ni kucing sepupu saya.Nama dia Comot manakala nama saya lak Helmi..Kucing ni buta." kata budak lelaki itu.

Mereka pun berjalan bersama-sama di taman sambil ditemani Comot.Banyak kali juga Comot terlanggar pokok bunga dan tiang lampu.

Tanpa berlengah malam itu Ain Zulaikha segera menambah Helmi sebagai rakan didalam Facebook nyer.Menurut Helmi,dia tinggal dirumah pakciknya ketika cuti semester ini.Mereka ber'chatting' lama malam itu.Semakin lama mereka semakin mesra.Walaupun selepas peristiwa itu mereka hanya berjumpa di Facebook namun Ain Zulaikha tidak dapat melupakan kehenseman Helmi,sampai termimpi-mimpi.Mana tak angau,muka Helmi ada iras-iras Rain,artis kegemarannya.

Pada suatu hari,Helmi mengajak Ain Zulaikha untuk keluar bersarapan di McDonald.Ain Zulaikha sampai awal di restoran itu.Dia menunggu kedatangan Helmi.

Ain Zulaikha masih setia menunggu.Dua jam telah berlalu,namun Helmi tetap tidak muncul.

"Mana Helmi ni?.Dah banyak kali aku refill air Coke ni".Gumam Ain Zulaikha sendirian.

Ain Zulaikha pun pulang hampa kerana Helmi tidak datang.Sebaik tiba di biliknyer Ain Zulaikha pun terus menghidupkan laptopnyer.Dia ingin pergi ke akaun Facebook Helmi tetapi akaun itu telah di'delete'.

"Hah?!.kenapa Helmi delete akaun dia??".Ain Zulaikha kehairanan.Dia cuba menghubungi Helmi melalui henpon tetapi gagal kerana kehabisan kredit.Ain Zulaikha menjadi cemas.Dia pun menghantar mesej ringkas kepada kawannya untuk meminjam kredit.

Tidak lama kemudian,dia berjaya menghubungi henpon Helmi.Tapi yang peliknya itu bukan suara Helmi.

"Helo,ni henpon Helmi ke?."

"Ya,ni ayahnya.Boleh saya tahu ni sape?."

"Huish,bakal bapak mertua aku.Hehe..".bisik Ain Zulaikha sendirian.

"Maaf pakcik,saya kawan Helmi.Dia ada tak?".

"Pakcik harap anak dapat bersabar.Helmi baru je meninggal dunia pukul 4 pagi tadi."

"HAH!!".Ain Zulaikha terperanjat mendengar berita itu.

Tengah hari itu,Ain Zulaikha bagaikan teringin untuk melihat kotak emelnyer.Antara semua emel di kotak inbox nyer,dia tertarik dengan satu emel dari arwah Helmi yang dihantar pada 3.30 pagi tadi.

"Ain Zulaikha,saya nak memohon maaf kat awak kalau saya ada buat salah selama ni.Sebenar nye saya menghidap Leukimia peringkat akhir.Saya perlukan darah jenis B secara berterusan kalau ingin terus hidup.Saya tahu,awak mempunyai darah jenis tu tapi saya tak sanggup nak beritahu awak.Saya pun taknak beritahu alamat saya sebab taknak buat awak sedih bila lihat mayat saya nanti.Pagi ni saya ajak awak untuk berjumpa sebab saya tak sanggup nak simpan rahsia ni dari awak lagi.Tapi kalau tak sempat,saya harap awak dapat la baca emel ni.Saya doakan awak berjaya dalam hidup.Akhir sekali,terima kasih kerana menjadi kawan baik saya dan doakan saya di'sana' ek..Assalammualaikum"

Ain Zulaikha menitiskan air mata membaca emel tersebut.Sunyi

*************************************************************************************

pesanan siput:

Sekarang ni tengah ribut petir kat sini..Aku menaip dengan pantas sebelum bateri abis.Cis!!

Tukang buat contest ni suruh tag otherz untuk join contest ni tapi aku mana ramai follower.Jadi sape-sape nak join leh la jenguk-jenguk blog Ain Zulaikha

http://www.ainzulaikhas.blogspot.com

19 December 2010

Narnia kali ni agak mengecewakan..

Hari ni tergerak lak aku nak buat 'review' citer Narnia yang terbaru..Aku tak pernah pun buat benda ni sume tapi entah la,mungkin kecewa sangat kot dengan citer ni.Ok ni poster bagi filem 'The Chronicles of Narnia:The Voyage of The Dawn Trader'

Gambar kredit kepada pakcik Wikipedia

Kalau korang nak tau citer ni tanpa keluarkan duit,leh baca kat website Wikipedia(bukan WkiLeaks tau!)..haha

Ok ni sebab nape aku rase kecewa dengan filem tu...Tapi pape pun aku rase citer ni lagi bes dari filem 2 alam..haha

  • Aku gi tengok citer ni hari rabu lepas..bajet dapat student price tapi tak dapat..kena la bayar rm10..adus!...yang lagi tak bes nyer kat situ takleh tengok citer ni 'in 3D'...memang dah start kecewa dah time tu.
  • Kalau korang tengok iklan kat TV bagi movie ni sure terpegun kan??tapi hakikat nyer jalan citer ni tak seperti yang aku harapkan..Aku bajet Naga dalam citer ni akan lawan dengan Aslan...Background time lawan tu ada ombak besau..Giler gempak kan kalau jadi macam tu tapi takde pun sebenar nyer..(patut aku yang tulis novel ni.haha)

Ni Aslan,dier suka makan ikan Tongkol

 *Serius beb aku memang suka tengok Aslan ni..sejak dari sekuel yang 1st dulu...Chomeyl dan giler gempak power dier!!

  • Dalam citer ni,kira kali terakhir la bagi Edmund dengan Lucy datang ke dunia Narnia ni..Sebab diorang dah jadi dewasa(macam citer Peterpan lak!)..Abang dengan kakak diorang tak dapat datang.Lepas ni ganti dengan Eustace...Giler benci dan meluat sungguh aku tengok watak ni...Perangai dia bodoh sombong...Serius aku takleh terima budak Eustace ni lak yang jadi hero bagi filem seterus nyer...kalau korang nak tau Eustace ni la yang kena sumpah menjadi naga tu...haha...dah nampak dah rase kecewa aku mase tu..Rindu giler nak tengok citer yang 1st dulu..

Poster sekuel pertama citer ni

  • Berbanding sekuel sebelum nyer,citer kali ni kebanyakan nyer pasal diorang dalam kapal tu je...Takde lagi scene perang yang libatkan banyak askar macam perang zaman dulu-dulu...Memang agak boring laa sebab pengembaraan diorang just around laut jer...Kan boring nampak air laut sepanjang citer ni..haha
  • Kalau korang pengikut setia citer ni,mesti korang ingat benda ni..2 filem sebelum nyer memang ada kan ketua orang jahat...macam citer 1st dulu yang jadi jahat kalau tak silap aku 'puteri salji'..hehe...tapi bagi citer ni kalau korang nak tau takde pun yang jadi ketua orang jahat...Senang citer diorang lawan asap warna hijau je..hahaha....Mungkin yang mencemaskan masa diorang lawan raksasa ular laut kot!..(ni ke yang paling jahat??).
  • Ending citer ni Aslan cakap kat Edmund dengan Lucy yang diorang leh jumpe Aslan kat dunia sebenar kalau diorang perasan...(aku tak pandai 'translate' dialog Aslan tu)...mungkin ni kot maksud sebenar Aslan:

Adakah ni Aslan??

Saje je letak gambo Proton..huhu

Adakah Aslan pengasas ING??

  • Pape pun bagi aku la citer sekuel Narnia ke-2 la yang paling bes...tengok banyak kali pun tak jemu..Leh nampak betapa power kuasa Aslan tu...tapi sampai sekarang gak aku terfikir,kalau Aslan tu giler kuat,kan senang dier je yang lawan orang jahat tu sumer..haha

Teknik CGI filem ni agak melampau

pesanan siput::

Aku dengar nanti ada sambungan bagi citer 'Pirates of Carribean' bulan 5 tahun depan..tak tahu la...citer Transformers pun same,kuar tahun depan kot?...

Aku nak bela Aslan tuu...hahaha....takpe la kalau nak aku gi lawat sedare dier jela ...kat Zoo Melaka..Hak3

17 December 2010

Buletin Siput....edisi ngumpat

Hola semua...sebenar nye aku nak beritahu aku sekarang ni dok kat Batu Berendam..dok umah saudara..Hari ahad lepas dok sini..Mungkin esok aku balik rumah kot..waa sungguh 'gumbira' rase nyer.

Bukan aku tak suka dok sini tapi talian internet 'BerukBand' sangat la mengecewakan..Aku bukan nak menghina,kang tak pasal-pasal lak syarikat tu saman aku..dah la aku nak bayar duit PTPTN...nanti dengan saman makin bertambah la beban kat bahu aku...pe kata orang senior 'berat mata memandang,berat lagi budak sekolah rendah pikul beg pergi sekolah'..ehh silap-silap.

Cuba korang bayangkan,rumah aku punya la tempat jin notti bergusti ada 3G,siap laju lagi..Kampung Pengkalan Minyak,Air Molek...mesti korang tak penah dengar kan?

Abis tu bandingkan kat sini,Batu Berendam.kalau ikutkan rumah ni dah hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam.

Gambar ihsan pakcik Google

...senang citer kalau Airbus @ Boeing (agak menipu!) mendarat,mesti leh dengar dari sini.Tapi internet,hahaha...(gelak jahat)...yang tragis nyer sampai nak buka Yahoo Messenger pun berape kali loading..tu pun kalau boleh.Kalau dah YM pun semput,Facebook lagi la mengecewakan..Huh!!

Bukan marah kat laptop tapi still nak upload gak gambo ni

Untuk menunjukkan rase marah,aku dah join group yang benci 'berukband' ni kat Facebook sebagai tanda protes..Cirit!!

Aku rembat gambo ni dari group tu..

Pandang beruk ni pun aku dah meluat dah sambil carut dalam hati...Beruk + Berukband...

pesanan penaja:

  1. Aku nak join 1 contest blogging:wat cerita...tapi nanti la bila dah kat rumah baru aku join kot...lagipun tarikh akhir 25hb ni rase nyer...contest from ain zulaikha(sori kalau silap nama)...
  2. kepada follower blog ni(macam la banyak!!)...sori ek lame tak update blog ni...

07 December 2010

Kenapa aku suka 'Minda Penjenayah'??

Ok aku memang agak lama jugak la tak update blog ni..Bukan sebab aku takde idea,serius mencurah-curah idea aku macam air terjun kat Gunung Ledang tu tapi sebab kelajuan internet yang sangat menyedihkan..bayangkan la kalau nak loading YM pun tak lepas.

Kembali ke topik asal.Ni aku nak cerita tentang salah satu siri TV kegemaran aku..tajuk siri tv ni..'Criminal Minds'..kalau nak tengok korang adjust aerial sampai dapat 8tv pukul 10.30 malam hari isnin.

Aku bagi intro la bagi siri ni..Criminal Minds ni macam CSI gak tapi bagi aku siri ni lagi gempak la.Citer tentang 1 team BAU (Behavioral Analysis Unit) yang akan mengesan penjenayah (biasa nyer pembunuh) dengan meramal kelakuan penjenayah tu..Senang cerita macam ni la.Diorang akan membuat 'profil' tentang 'unsub' macam kenapa dia bunuh macam tu,pengalaman silam penjenayah dan macam-macam lagi la,lebih kurang macam profil kat Facebook korang..Sebab aku cakap citer ni lagi bes dari CSI??kalau CSI kena proses bahan bukti,kalau ada..tapi citer ni tak payah pun dok cari bahan bukti tu.Cukup untuk memahami pemikiran penjenayah tu,diorang leh ramal ape penjenayah tu akan lakukan seterusnyer.Serius gempak!

Ada 2 watak dalam siri ni yang memang aku suka tengok...Aaron "Hotch" Hotchner dengan Dr. Spencer Reid.

Aaron "Hotch" Hotchner

Dia kira team leader la bagi team BAU ni...Sebab aku suka tengok watak dia ni..perwatakan agak serius,susah nak senyum..lagipun dia ni pendiam(macam aku la..perasan!).Yang lakonkan watak ni pun serba boleh.Aku ingat lagi dia pernah berlakon dalam Flintstone(sori kalau salah eja)..Dia pegang watak jahat kot...tapi jahat yang agak giler-giler dan kelakar.Memang berbeza la berbanding dalam siri ni.

Dr. Spencer Reid

Watak dia ni pun aku suka gak tengok..Dia ni ahli paling muda tapi genius(macam aku ke?..haha)..Walaupun nampak macam pondan sikit tapi genius kot.Kebanyakan kes dapat selesaikan sebab dia cepat buat 'profiling' untuk 'unsub'..

Rumusan boleh dibuat,korang try la tengok citer ni.mana la tau tiba-tiba jatuh cinta lak dengan siri ni sampai rase rugi kalau tertinggal 1 episod.haha...

pesanan penaja::

  • masa aku tengok citer ni,serius aku taknak diganggu..Senang citer kalau aku nak terkencing pun aku tunggu masa iklan.hahahahaha...

MySpace

  • dulu ada gak fikir nak ambil degree dalam forensik tapi pointer mase aku kat matriks terlalu 'tinggi' untuk kursus tu.

MySpace

  • Sekarang ni aku diserang oleh virus selsema yang cuba menjajah lobang hidung aku.Cis!!...

MySpace