BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

20 December 2010

Contest Cerpen Sesedap Rasa

Hola semua...setelah beberape hari akhir nye aku berada dirumah dengan senang hati nyer..haha...baru bes berukband aku mulai laju.Nak gak join contest ni....tarikh tutup 25hb ni,harap-harap la sempat.Ni contest pertama aku join selama bergelar blogger.Kat bawah ni syarat-syarat pertandingan:

Tipu la kalau aku taknak hadiah kan??hadiah dia dapat topup.Memang berbaloi la bagi aku yang jarang topup henpon ni...haha

Sebelum ni aku ada gak survey-survey blog yang join contest ni tapi hampir sume wat citer lawak yang happy ending.So aku rase elok kalau aku try wat ending yang menyedihkan...Lagipun aku rasa ok kot,tak banyak saingan.huhu

*************************************************************************************

"Poomm..".Bunyi kuat itu mengejutkan Ain Zulaikha.Dia memandang sekeliling.Kelihatan seekor kucing sedang mengusap-usap kepalanya disebelah teksi.

"Hello awek cun,ni lu punye kucing ka?!".tanya apek teksi kepada Ain Zulaikha.

"Takla.Kenapa?".

"Haiya ni kucing la,dia kasi hentam saya punya teksi.Nasib baik itu cuma kemek sikit saja lo..".

Teksi tu pun berlalu pergi.Tiba-tiba muncul seorang budak lelaki dari belakang Ain Zulaikha dan mengambil kucing itu.

"Assalammualaikum.Maaf la sebab susahkan awak tadi.Ni kucing sepupu saya.Nama dia Comot manakala nama saya lak Helmi..Kucing ni buta." kata budak lelaki itu.

Mereka pun berjalan bersama-sama di taman sambil ditemani Comot.Banyak kali juga Comot terlanggar pokok bunga dan tiang lampu.

Tanpa berlengah malam itu Ain Zulaikha segera menambah Helmi sebagai rakan didalam Facebook nyer.Menurut Helmi,dia tinggal dirumah pakciknya ketika cuti semester ini.Mereka ber'chatting' lama malam itu.Semakin lama mereka semakin mesra.Walaupun selepas peristiwa itu mereka hanya berjumpa di Facebook namun Ain Zulaikha tidak dapat melupakan kehenseman Helmi,sampai termimpi-mimpi.Mana tak angau,muka Helmi ada iras-iras Rain,artis kegemarannya.

Pada suatu hari,Helmi mengajak Ain Zulaikha untuk keluar bersarapan di McDonald.Ain Zulaikha sampai awal di restoran itu.Dia menunggu kedatangan Helmi.

Ain Zulaikha masih setia menunggu.Dua jam telah berlalu,namun Helmi tetap tidak muncul.

"Mana Helmi ni?.Dah banyak kali aku refill air Coke ni".Gumam Ain Zulaikha sendirian.

Ain Zulaikha pun pulang hampa kerana Helmi tidak datang.Sebaik tiba di biliknyer Ain Zulaikha pun terus menghidupkan laptopnyer.Dia ingin pergi ke akaun Facebook Helmi tetapi akaun itu telah di'delete'.

"Hah?!.kenapa Helmi delete akaun dia??".Ain Zulaikha kehairanan.Dia cuba menghubungi Helmi melalui henpon tetapi gagal kerana kehabisan kredit.Ain Zulaikha menjadi cemas.Dia pun menghantar mesej ringkas kepada kawannya untuk meminjam kredit.

Tidak lama kemudian,dia berjaya menghubungi henpon Helmi.Tapi yang peliknya itu bukan suara Helmi.

"Helo,ni henpon Helmi ke?."

"Ya,ni ayahnya.Boleh saya tahu ni sape?."

"Huish,bakal bapak mertua aku.Hehe..".bisik Ain Zulaikha sendirian.

"Maaf pakcik,saya kawan Helmi.Dia ada tak?".

"Pakcik harap anak dapat bersabar.Helmi baru je meninggal dunia pukul 4 pagi tadi."

"HAH!!".Ain Zulaikha terperanjat mendengar berita itu.

Tengah hari itu,Ain Zulaikha bagaikan teringin untuk melihat kotak emelnyer.Antara semua emel di kotak inbox nyer,dia tertarik dengan satu emel dari arwah Helmi yang dihantar pada 3.30 pagi tadi.

"Ain Zulaikha,saya nak memohon maaf kat awak kalau saya ada buat salah selama ni.Sebenar nye saya menghidap Leukimia peringkat akhir.Saya perlukan darah jenis B secara berterusan kalau ingin terus hidup.Saya tahu,awak mempunyai darah jenis tu tapi saya tak sanggup nak beritahu awak.Saya pun taknak beritahu alamat saya sebab taknak buat awak sedih bila lihat mayat saya nanti.Pagi ni saya ajak awak untuk berjumpa sebab saya tak sanggup nak simpan rahsia ni dari awak lagi.Tapi kalau tak sempat,saya harap awak dapat la baca emel ni.Saya doakan awak berjaya dalam hidup.Akhir sekali,terima kasih kerana menjadi kawan baik saya dan doakan saya di'sana' ek..Assalammualaikum"

Ain Zulaikha menitiskan air mata membaca emel tersebut.Sunyi

*************************************************************************************

pesanan siput:

Sekarang ni tengah ribut petir kat sini..Aku menaip dengan pantas sebelum bateri abis.Cis!!

Tukang buat contest ni suruh tag otherz untuk join contest ni tapi aku mana ramai follower.Jadi sape-sape nak join leh la jenguk-jenguk blog Ain Zulaikha

http://www.ainzulaikhas.blogspot.com

2 komen:

Ain Zulaikha said...

ADA UPDATE UNTUK CONTEST INI, SILA TINGGALKAN KOMEN

http://ainzulaikhas.blogspot.com/2010/12/update2-contest-cerpen-sr.html

thanks join

Si-D said...

dh tgglkn komen dh..huhu