BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

07 December 2010

Kenapa aku suka 'Minda Penjenayah'??

Ok aku memang agak lama jugak la tak update blog ni..Bukan sebab aku takde idea,serius mencurah-curah idea aku macam air terjun kat Gunung Ledang tu tapi sebab kelajuan internet yang sangat menyedihkan..bayangkan la kalau nak loading YM pun tak lepas.

Kembali ke topik asal.Ni aku nak cerita tentang salah satu siri TV kegemaran aku..tajuk siri tv ni..'Criminal Minds'..kalau nak tengok korang adjust aerial sampai dapat 8tv pukul 10.30 malam hari isnin.

Aku bagi intro la bagi siri ni..Criminal Minds ni macam CSI gak tapi bagi aku siri ni lagi gempak la.Citer tentang 1 team BAU (Behavioral Analysis Unit) yang akan mengesan penjenayah (biasa nyer pembunuh) dengan meramal kelakuan penjenayah tu..Senang cerita macam ni la.Diorang akan membuat 'profil' tentang 'unsub' macam kenapa dia bunuh macam tu,pengalaman silam penjenayah dan macam-macam lagi la,lebih kurang macam profil kat Facebook korang..Sebab aku cakap citer ni lagi bes dari CSI??kalau CSI kena proses bahan bukti,kalau ada..tapi citer ni tak payah pun dok cari bahan bukti tu.Cukup untuk memahami pemikiran penjenayah tu,diorang leh ramal ape penjenayah tu akan lakukan seterusnyer.Serius gempak!

Ada 2 watak dalam siri ni yang memang aku suka tengok...Aaron "Hotch" Hotchner dengan Dr. Spencer Reid.

Aaron "Hotch" Hotchner

Dia kira team leader la bagi team BAU ni...Sebab aku suka tengok watak dia ni..perwatakan agak serius,susah nak senyum..lagipun dia ni pendiam(macam aku la..perasan!).Yang lakonkan watak ni pun serba boleh.Aku ingat lagi dia pernah berlakon dalam Flintstone(sori kalau salah eja)..Dia pegang watak jahat kot...tapi jahat yang agak giler-giler dan kelakar.Memang berbeza la berbanding dalam siri ni.

Dr. Spencer Reid

Watak dia ni pun aku suka gak tengok..Dia ni ahli paling muda tapi genius(macam aku ke?..haha)..Walaupun nampak macam pondan sikit tapi genius kot.Kebanyakan kes dapat selesaikan sebab dia cepat buat 'profiling' untuk 'unsub'..

Rumusan boleh dibuat,korang try la tengok citer ni.mana la tau tiba-tiba jatuh cinta lak dengan siri ni sampai rase rugi kalau tertinggal 1 episod.haha...

pesanan penaja::

  • masa aku tengok citer ni,serius aku taknak diganggu..Senang citer kalau aku nak terkencing pun aku tunggu masa iklan.hahahahaha...

MySpace

  • dulu ada gak fikir nak ambil degree dalam forensik tapi pointer mase aku kat matriks terlalu 'tinggi' untuk kursus tu.

MySpace

  • Sekarang ni aku diserang oleh virus selsema yang cuba menjajah lobang hidung aku.Cis!!...

MySpace 

2 komen:

Raji and Yeen said...

hahaha beli la cd dia
kau nk gi kencing bila2 pun boleh XD

ak xpernah tgk lgi citer nih
nmpk sgt ak golongan yg xsuka tgk tv
cewahh
huahua

Raji and Yeen said...

owh senang jer ;D
kau kena buat cerita pasal 4 gmbr tu
susunan dia xkesah