BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 November 2010

Nyawaku atau nyawamu sayang? (part 2)

Bunyi letupan yang kuat itu telah menyedarkan Juliana dari pengsan.Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya.Tapi yang kelihatan hanyalah kegelapan yang malap.Rupanya dia dan Mira telah terkurung didalam sebuah bilik gelap.Terdapat pintu besi dihadapan bilik itu yang mempunyai sebuah lubang kecil-mungkin tempat menghulurkan makanan dari luar.

Gambar Hiasan

Juliana mengejutkan Mira.Mereka berdua terus mengetuk pintu tersebut sambil menangis.Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki dari sebalik pintu tersebut yang menyuruh mereka mendiamkan diri.Dia memperkenalkan diri sebagai Y dan mencampakkan 2 botol air mineral dari lubang yang terdapat dibawah pintu tersebut.

Beberapa hari telah berlalu.Sejak tersedar dari pengsan,mereka tidak pernah menjamah sebarang makanan-hanya meminum air mineral yang diberikan oleh Y.Pada suatu hari,badan Juliana mulai panas.Mira memberanikan diri memanggil Y untuk memberitahu keadaan Juliana.

Tiba-tiba Y mencampakkan 2 batang paku payung dari lubang dibawah pintu tersebut.Mereka berdua terkejut apabila melihat paku tersebut.

Gambar hiasan

"Aku boleh lepaskan korang,tapi seorang saja.Seorang lagi kena mati.Aku nak korang berbunuhan sesama sendiri."

Setelah mendengar arahan Y,mereka berdua menangis sambil merayu agar dilepaskan.

*************************************************************************************

Sejak memberikan 2 batang paku kepada mereka berdua,Y tidak lagi memberikan mereka air mineral.Mereka menjadi haus dan tertekan.

Beberapa jam selepas itu,keadaan Juliana semakin tenat.Suhu badannya semakin naik.Juliana meminta Mira membunuhnya supaya Mira boleh melepaskan diri.Mira menyatakan dia tidak sampai hati hendak membunuh kawan baiknya sendiri dan meminta Juliana supaya terus bersabar.Dengan keadaan Juliana semakin serius,Mira pula menjadi semakin haus kerana tidak meminum air untuk beberapa jam.

"Mira,aku tahu aku takde harapan untuk keluar hidup-hidup dari sini."

"Wei!,ape kau merepek ni?!.Kita berdua akan selamat nanti.Percayalah cakap aku."

Mira merapati Juliana yang sedang terbaring.Dia memegang tangan kawan baiknya tanpa menyedari bahawa tangan Juliana sedang memegang paku itu.

Tiba-tiba,Juliana menarik tangannya menyebabkan paku tersebut tertusuk tepat didadanya.Mira tersentak.

"Maafkan aku Mira.Aku harap kau selamat keluar dari sini."

"Juliana!".

Mira menjerit sekuat hati.Juliana terkulai layu diriba Mira.Mira bingkas bangun dan pergi ke pintu bilik itu.

"Hoi!.Lepaskan aku,binatang!.Kawan aku dah mati.Puas hati kau?!."

Kedengaran suara Y ketawa berdekah-dekah disebalik pintu tersebut.

"Kau dah bunuh kawan kau?.Bagus-bagus,nanti aku lepaskan kau."

"Kenapa kau buat kami macam ni?.Apa dosa kami pada kau?."

"Aku benci bila tengok orang bercinta dan mempunyai sahabat baik.Kenapa kau tinggalkan aku semata-mata kerana Adam?.Kau kan tahu aku dengan Adam kawan baik dari kecil lagi.Sanggup kau kahwini dia,Fatin?.Sampai hati kau buat aku macam ni?."

Mira menjadi hairan.Beliau tidak mengenali Adam dan Fatin.Akibat keletihan,Mira terlelap disisi mayat Juliana.

*************************************************************************************

Keesokan harinya,Mira tersedar apabila cahaya matahari memancar terik.Dia melihat sekeliling.Disisinya,Arif masih tidak sedarkan diri lagi dengan pergelangan tangannya dibalut dengan kain.Mereka berdua terdampar ditepi pantai.

Gambar Hiasan

Mira mengejutkan Arif.Dengan bersusah payah,mereka berjalan menuju ke sebuah rumah kampung ditepi pantai itu.Tuan rumah segera membantu mereka sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran.

Setelah pulih,mereka membuat laporan polis.Mereka mengaitkan Abang Yaakob sebagai suspek utama kes pemmbunuhan ini.Ketika itulah baru mereka mengetahui apa yang terjadi kepada Fairul dan Juliana.Setelah kalah dalam pertarungan catur,Y telah menembak mati Fairul dihadapan Arif.

*************************************************************************************

Beberapa hari kemudian,pihak polis telah menghubungi mereka berdua untuk memberitahu tentang penemuan mayat Fairul dan Juliana.Mayat mereka berdua telah ditemui didalam khemah yang mereka gunakan di Pulau Pandan.

Ketika menyerbu rumah Abang Yaakob,pihak polis telah menemui mayat Abang Yaakob tergantung diruang tamu rumahnya.Menurut laporan autopsi,Abang Yaakob telah membunuh diri seminggu sebelum mayatnya ditemui.

Gambar Hiasan

Arif dan Mira hanya mampu berpandangan sesama sendiri.Mereka bersyukur kerana mayat kedua-dua kawan baik mereka telah dijumpai.Tapi malangnya,Abang Yaakob terlepas-terlepas dari hukuman dunia tapi bukan hukuman di akhirat.

--TAMAT--

4 komen:

Anonymous said...

colour tulisan ngn background xsesuai la shdy...ANYWAY bgs2

Si-D said...

ala br tuko template ni...masih cuba sesuaikn diri...anyway thanx ek..wlaupn x tau sape ni

Raji and Yeen said...

tema citer ni mmg pasal persahabatan kan? o.O
dramatis btol
x.x"
buat lagi weh cter cmnih

tpi xyah ad yg mati
xbest la ending cmtuh
huahua

Si-D said...

ending org mati la br bes..haha...ad mood sedih cket..huhu

anyway thanx bg komen ek..hihi

xde idea lg nk wat citer br