BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

24 November 2010

Nyawaku atau nyawamu sayang? (18SG)

"Wei Fairul,mana makwe kau ni?.Dah lama dah  kita tunggu kat sini." kata Arif sambil melihat jam tangannya sekilas pandang.Fairul hanya tersengih mendengar soalan Arif.

Mira tergesa-gesa datang ke kafe kolej.Sebenarnya dia baru berjumpa pensyarahnya,meminta tips untuk sem akan datang.Mereka berborak panjang tentang rancangan pada cuti semester ni.Sebelum tu mereka ada juga berbincang didalam Facebook.

Arif berkawan baik dengan Fairul sejak dari sekolah lagi.Lebih-lebih lagi awek mereka,Juliana dan Mira masing-masing berasal dari negeri yang sama.

"Jadi ke plan kita nak camping kat Pulau Pandan ahad ni?" tanya Fairul."Kenapa pulak tak jadi,cuti sem bukan ada aktiviti lain pun.Boring jugak asyik keluar date dengan Ju jer.Haha".Arif  menjawab sambil tersengih melihat aweknya,Juliana.

Juliana hanya tersipu-sipu malu.

"Aku dengan Mira on jer.Nanti kita jumpa pukul 10 pagi kat depan rumah sewa aku."

Keesokannya mereka pun bertolak ke Pulau Pandan.Perjalanan mengambil masa 2 jam dengan menaiki kereta Fairul.Bila tiba di jeti,mereka pun menaiki bot penambang yang sedia menunggu.

Apabila tiba dipantai,mereka pun mengangkut barang mereka ke hutan berhampiran.Abang Yaakob pun turut membantu mereka.Melalui perbualan didalam bot barulah mereka tahu,Abang Yaakob tuan punya bot tu tinggal di kampung berhampiran dengan tempat mereka berkhemah.

Sudah 2 hari mereka berkhemah didalam hutan itu.Pada suatu pagi,mereka baru menyedari bahawa makanan mereka hampir habis.Kebetulan pula,Abang Yaakob membawa nasi goreng untuk mereka semua.

"Abang Yaakob,buat susah-susah je bawa makanan untuk kitorang." kata Juliana."Takpe,abang pun duduk sorang-sorang selama ni.Bila ada korang,baru la rasa ceria sedikit hidup abang ni." jawab Abang Yaakob ringkas.

Ketika mereka semua makan,tiba-tiba Arif mengadu sakit kepala dan pengsan.Semua kawan-kawan Arif turut terkejut.Beberapa minit kemudian semua mereka pengsan.Abang Yaakob tersengih melihat kejadian itu.

*************************************************************************************

Fairul tersedar dan melihat sekelilingnya.Hanya cahaya samar-samar menerangi bilik tersebut.Dia cuba bangun tapi gagal kerana terikat diatas kerusi dengan rantai.Terdapat sebuah meja dan satu set catur dihadapannya.Bertentangan dengan beliau,Arif masih tidak sedarkan diri.Apabila tersedar,Arif meronta-ronta untuk melepaskan diri tapi tak berjaya kerana kaki dan badannya dirantai pada kerusi.Hanya tangannya yang tidak dirantai.

Sorang lelaki berbaju hitam muncul.Mereka cuba melihat mukanya tetapi gagal kerana lelaki itu memakai topeng.Dia memperkenalkan diri sebagai Y.

"Hoi!!..pe kau nak buat dengan kitorang hah?!" jerit Fairul.

"Relax,aku boleh lepaskan tapi seorang jer..Untuk tentukan sapa yang layak untuk keluar,korang kena la main catur ni.Peraturannya mudah jer." jawab Y sambil menunjukkan set catur dihadapan mereka berdua.

Ni peraturannya:

  • 1 buah catur 'Pawn' mati, 1 torehan kat badan.
  • 1 buah catur 'Rook' mati, 1 jari kelinking kena potong.
  • 1 buah catur 'Knight' mati, 1 jari manis kena potong.
  • 1 buah catur 'Bishop' mati, 1 jari hantu kena potong.
  • Kalau buah catur 'Queen' mati, 2 jari telunjuk kena potong.
  • 'CHECKMATE' dan korang mati.

Bonus: kalau sesiapa sepahkan buah catur ni,kamu berdua mati.

Arif resah.Tak sanggup rasanya dia nak bermain permainan ni menentang kawan baiknya sendiri,Fairul.Lagipun dia tak sehandal Fairul yang pernah mewakili sekolah mereka.Fairul pula berfikir ini la peluangnya untuk melepaskan diri.Tapi kalau dia menang,maknanya Arif akan mati.

*************************************************************************************

Mereka mula bermain permainan catur yang bakal menentukan nyawa mereka.Arif menggunakan buah catur berwarna hitam manakala Fairul menggunakan buah catur berwarna putih.Walaupun merasa sakit akibat torehan pisau dibadan mereka ditambah lagi beberapa batang jari mereka yang telah dipotong,mereka masih bermain permainan catur itu tanpa henti.Ini menyukarkan mereka untuk menggerakkan buah catur masing-masing.

Akhirnya saat yang mendebarkan pun tiba.Fairul mempunyai buah catur King dan Queen sahaja manakala Arif mempunyai buah catur King,Queen dan 1 Rook.Masing-masing cuba untuk memerangkap antara satu sama lain.Fairul tersilap langkah mengakibatkan buah catur King beliau terperangkap.

"CHECKMATE!!!".jerit Y.

'POMMM...'.Arif kaku melihat kejadian itu.Sepi.

pesanan penaja:tunggu sambungan cerita ni..Aku tak ciplak ok citer ni,malam tadi aku dapat idea nak buat cerita..

5 komen:

nur maisarah said...

i love chess. :)

Si-D said...

sy minat chess gak dulu tp asyik kena buli jerk..main dam haji x kena buli sgt kot..huhu

Anonymous said...

aarrghhhhhhhhhhhhhhh nape ade sambungan!!!
arrghhhhhhhhhhhhhh marah lak kan...gile tol heheheh btw cpt update nk bc smbungan

Si-D said...

relax dulu...dh ad idea dh tp xstart tulis lg...tggu ek utk tahu nasib Mira dan Juliana,adakh diorg akan terselamat??..(ayat bajet mcm drama melayu lak..haha)

yg pasti,lebh tragis..cewah!..hak3

Raji and Yeen said...

hahahaha bru boleh ;P
cpt lah smbung
kne bunuh ke si Fairul tuh?