BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 December 2010

Saya tak bodoh..cuma..

Tadi dok message dengan kawan..dia bangkitkan isu tak pandai(read:bodoh)..tiba-tiba aku teringat kenangan aku masa kat sekolah rendah dulu..yup dulu aku sangat la bodoh dalam subjek matematik..Kalau ujian atau peperiksaan selalu markah maths aku ditulis dengan dakwat merah...

kalau tak silap paling rendah pernah aku dapat 6%...tol 6%....mase ujian bulanan kot...tapi dah hilang lak buku rekod tu...Arwah ayah aku jangan cakap la..memang balistik kemarahan dia bila nak sign buku rekod tu...tapi dia tak smash aku dengan rotan@tali pinggang...dia marah jela tak pun cakap dengan nada yang cuak gak la bagi budak sekolah rendah...pedih giler beb!..memang terbakar telinga aku yang cuping beso ni..huish..

MySpace

macam ni beb perasaan aku mase tu(padan muka kau!!)

aku sampai ingat lagi nama cikgu matematik yang selalu denda dan kenakan aku..nama dia cikgu Azian B. Osman...ha mase tu dia bawa iswara warna putih,nombor plat JDM 3171...punya la kuat memori aku dengan dia ni sampai macam tu sekali...

cikgu Azian ni pun ajar aku subjek muzik...ada gak sekali lepas habis je kelas muzik terus kelas matematik dia...hampir 2 jam gak la dok tengok dia..dah la mase tu aku tak siap kerja rumah..memang cuak habis giler.

Kalau ikutkan macam-macam la seksaan aku kena kerana subjek ni terutamanya dari cikgu azian...korang namakan je,sume aku dah rasa..dari kena sebat dengan pembaris kuning yang beso tu,kena penampar(sekali je kot!) sampai la berdiri atas meja dan belakang kelas.semua aku dah rasa...

MySpace

rase nak lari jer dari kelas matematik

Dulu memang la aku simpan gak perasaan marah ni..tapi bila fikirkan balik kalau dapat jumpa cikgu Azian,aku nak sangat salam tangan dengan dia..nak ucapkan terima kasih sebab didik aku dengan bersungguh-sungguh...bayangkan adik korang yang dah darjah 5 tapi tak reti nak buat operasi bahagi..garang dia pun tetap tolong aku sampai la aku reti buat sendiri..bawah ni bukti aku tak bohong korang.hehe

nampak tak 35/D tu??teruk kan?

Tapi hasil usaha aku dan cikgu termasuk la cikgu Azian tu dapat gak aku buat benda yang memang mustahil..yup,mendapat nombor 1 didalam kelas..aku dapat nombor 1 bagi 2 penggal berturut-turut..hahaha(ada unsur riak disitu)..mase darjah 6 gak dapat la aku merase menjadi sorang pustakawan(bukan haiwan ok!)..memang seronok sangat.

MySpace

ni la keputusan masa darjah 6.

masa tu aku terperanjat gak sebab guru besar tulis aku akan gi ke sekolah tinggi melaka..aku taknak masuk asrama lagi sebab rasa masih terlalu mentah untuk semua tu..takla,aku kan anak tunggal...mane leh jauh dari keluarga.hehe...mase masuk matrikulasi barula terpaksa berpisah dari keluarga.

MySpace

jangan harap ko leh manje dengan aku!!

pesanan siput::

  • sekarang ni aku menunggu 1 surat..serius surat tu akan mengubah hidup aku.cewah!!...tapi memang sangat penting..dah dapat nanti aku update dalam blog.

0 komen: