BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

26 September 2010

Raya belum habis...berjalan raya 1 kemestian..

Semalam aku 'mengayo' jalan raya kat rumah member-member aku..Takla,masa mula-mula raya dulu jalan raya dengan geng aku masa sekolah.tapi masa tu sedikit je rumah yang aku pergi sebab ramai yang tak balik.Rasanya takla meriah sangat berbanding raya sebelum ni.

Tapi semalam aku jalan raya rumah member-member aku kat UTeM pulak..2 rumah je pun semalam tapi nak dekat maghrib juga la baru tayar motor cecah halaman rumah aku ni.Aku bukan taknak berjalan malam-malam ni tapi faham-faham jela aku kan mata 4.waktu malam lagi la tak jelas.Siang hari pun kalau tak pakai memang nampak kabur je nombor kat lampu isyarat.InsyaALLAH hari ni aku pergi beli cermin mata baru kot!.Cermin mata yang lama dah sempit dan kanta pun dah berkabus.

Ok,kembali ke cerita asal..Semalam rumah terakhir aku jajah kat area Sebatu.Nak dekat dengan Muar juga la..tak pernah pergi pun sini.

Masa nak balik semalam aku pun berpisah la dengan konvoi geng-geng aku yang lain sebab nak isi minyak.Bajet nak isi minyak dekat bandar Jasin.Ingatkan dekat tapi 18 km??Dah la minyak tinggal suku je.Perghh..Bawa motor slow jer.Turun bukit tak perah minyak pun.Yang makin mencuakkan laluan tu banyak ladang kelapa sawit dan lagi mencuakkan lagi ada banyak kubur cina dan kristian.kalau kubur islam tak apa la juga.Punya la cuak masa tu.Asyik tengok batu penanda jer,lagi berapa km nak sampai bandar.Nasib baik sempat sampai bandar dan tuang minyak.

p/s: Taubat aku nak lalu situ lagi kalu minyak tak penuh.Jangan buat pasal!!...huishhh

Taubat aku

0 komen: