BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 February 2011

Air mineral..tol ker tu?

Wassup makan asap...Assalammualaikum..

Huhu...sekarang ni aku dok kencing online dari KYM...slambe beb dalam kelas tapi sekarang ni waktu rehat la...Boring-boring ni so beranak kan la 1 entry..hua3
Aku dapat idea entri ni bile pandang awek botol air kat sebelah aku..Botol air mineral...Tapi betul ke sumber air mineral dari dalam jamban tanah??

Main rembat je gambo ni

kalu korang baca label kat botol tu,dia ada sebut pasal proses persenyawaan osmosis berbalik...Usha kat wikileaks wikipedia,ni la maksud dier :
Reverse osmosis (RO) is a filtration method that removes many types of large molecules and ions from solutions by applying pressure to the solution when it is on one side of a selective membrane.

Seingat aku la,mase kelas biol biologi spm dulu aku ada belajar pasal membran ni...dengan proses osmosis..tak sangka lak leh apply kat sini.

Tapi ape yang menyakitkan hati ada juga pengilang yang maha bijaksana yang guna air paip kemudian wat proses osmosis ni..Bukan ke air paip tu air yang telah dirawat??

Yang lagi bijak lak,dia wat cara macam kat atas kemudian jual macam air mineral yang betul-betul dari sumber air bawah tanah..Jadi nasihat aku,baik korang baca label tu betul-betul sebelum beli..Yela kalu setakat air paip,baik korang minum je air kat bilik mandi rumah korang.Tol tak??

http://www.emocutez.com
Tol tu shidy..

Ni baru betul-betul air mineral 

Dah la muka macam sampah..perangai pun same.adoi

Assalammualaikum..hello

Hari ni aku nak update blog ni.Kali ni aku nak citer pasal 1 topik yang mungkin orang naik meluat bile mendengar nye..pasal kebersihan.
Dulu mase sekolah rendah,tiap-tiap hari isnin waktu perhimpunan mesti cikgu dok carut borak pasal ni...Kadang-kadang naik nafsu meluat gak..dah la aku jadi ketua kelas,so mesti la dok depan...huh!...tapi bile fikirkan balik kalu dari kecik tak ajau,takkan dah tua bangka nak mampos baru nak kawin belajar...Memalukan betul tak?

 Rakyat Malaysia yang bijaksana

Selalu gak la berak nampak...ayat papan tanda memang cuak....Denda paling cikai pun RM50...tapi standard RM100 keatas..Paling tinggi RM1000...Nampak mase tengok 'Aduan Rakyat' kat tv3..

Masalah nyer,kat papan tanda tu la paling banyak sampah beruk-beruk ni longgokkan..Memang patut panggil beruk pun,kalau manusia dier mesti reti baca ayat kat papan tanda tu...takkan beruk gi sekolah lak!

http://www.emocutez.com
pesal nama aku je naik??

Yup,rakyat Malaysia memang terkenal dengan kes rogol budi bahasa nyer...Mengkritik penuh berhikmah...Ni sumer hasil usaha keras ahli politik yang dok kutuk satu sama lain...Tahniah!

Kat kawasan rumah aku ni pun same...Biase awal pagi ada lori sampah akan kutip sampah kat tepi jalan..Kitorang akan longgokkan kat sane..dan khidmat ni free of charge..diulangi, free of charge tanpa caj tersembunyi.tak macam syarikat telepon. http://www.emocutez.com


Tapi yang buruk nye ada gak makhluk-makhluk yang letak sampah selepas lori sampah blah...Terbiar la sampah tu kat sane sampai la esok pagi..Tak ke bangang bijaksana name nyer...Agak nye diorang suka tengok sampah berlonggok tepi jalan...huh!

Aku bukan nak hina korang sebab aku pun takde la pembersih sangat tapi paling kurang pun hormat la pekerja yang angkat sampah tu..Kesian diorang..Nanti bile manager diorang nampak,tak pasal-pasal kena tuduh curi tulang.
Dulu heboh pasal insunerator...ntah macam mane ntah eja dier...Bagi aku benda ni lagi elok dari sistem sekarang..dok longgok sampah kat tempat terbuka...

nota sakit jiwa ::
  • maaf kalu kritikan kali ni agak pedas...
  • mahu tengok Malaysia maju tanpa sampah 
  • cintailah alam sekitar...jangan nak cinta awek jer 

22 February 2011

Hikayat Sang Kancil dan Monyet

Assalammualaikum sumer...wassup..


Tadi aku dok usha-usha video kat youtube..Tiba-tiba terjumpa benda ni lak..Aku rase agak menarik untuk di muat naik kat sini..hehe
Serius video sangat nostalgik bagi aku..Yela mase video ni kuar,aku masih kat sekolah rendah.Balik je terus buka tv2...tv pendidikan..Menarik

Bagi yang ingat,jom layan same-same.Bagi yang tak pernah tengok sebab masih hisap susu botol mase tu,tengok jela...Video hebat sebelum fenomena 2 budak kembar,upin-ipin..hehe 

http://www.emocutez.com
"shidy ni balik-balik aim aku..tension tol!"












18SG...dah macam kat panggung wayang dah ni

Assalammualaikum...eiittt....(bunyi efek seram)..http://www.emocutez.comSetelah lama aku tak update,hari ni aku nak citer tentang pengalaman aku mendengar cerita hantu..cerita atas cerita..tak tahu tol ke tak..ok,mulakan

Hati-hati buka peti sejuk

  • Mase kecik-kecik aku selalu lepak rumah saudara aku..Dia tua 3-4 tahun dari aku.Selalu lepak sane sampai malam..bile nak balik rumah dia akan takutkan aku..mase aku nak mula kencing bergerak,dia jerit cakap ada hantu pocong follow aku kat belakang.padahal sebelah rumah je pun..dalam beberapa langkah jela..Tapi maklum la,budak lum mimpi basah,berlari naik rumah bile dengar.Cis!! http://www.emocutez.com

  •  Bila aku dah macho matang sikit,aku ada dengar kawan sekampung aku cerita..dia cakap pernah nampak Lisa Surihani pontianak.Mase tu dia sedang dok basuh pinggan kat balai raya yang menghadap kubur.tiba-tiba dia nampak Lisa Surihani benda tu kat bawah sebatang pokok kat area kubur.Apa lagi,demam seminggu dia. http://www.emocutez.com
 Kucing pun jadi vampire..aduyai

  • Mase kat matrikulasi lak aku ada dengar tentang hantu doraemon makcik jual dorayaki karipap..Doraemon Makcik ni akan ketuk tingkap bilik budak-budak ni sambil jerit "Dorayaki,dorayaki" karipap..karipap...Masalah nye aku dengar citer,makcik ni ketuk tingkap-tingkap kat tingkat atas yang mustahil orang nak ketuk...Memang cuak la aku mase tu,yela dah la aku dok tingkat paling atas..nak lagi spesifik??bilik B2.4.5..hihi

 Dah la ni kuih faveret aku
http://www.emocutez.com 

Sekarang ni pun aku masih rasa cuak bile bawa helikopter motor malam-malam..Yela,area kampung aku ni memang agak angker suasana dier...Sebelah kiri dari rumah aku banyak kubur cina,sebelah kanan lak ada tanah wakaf...Sebelum ni aku ada kerja kat pub kedai makan.Biase aku balik sorang-sorang around pukul 4-5 pagi.Dengan suasana sunyi lagi berembun...Perghh...Jalan raya pun sunyi je masa tu.

Hantu kuih sepit mat rempit 

Bagi aku normal la untuk rasa takut..Kalau dalam bilik pun aku cuak nak tengok tingkap,mane tau tiba-tiba nampak ada orang melintas tengah malam..takut..Tapi aku tak suka kalau dalam citer hantu,pelakon tu cakap dia tak caye dengan hantu..Sedangkan syaitan tu wujud..Kalau dia tak percaya,same la dengan dia tak percaya dengan benda ghaib..Tol tak?? http://www.emocutez.com

Supernatural??


nota sakit jiwa ::
  • menyiapkan entry ni ketika berseorangan pada pukul 1.30am.
  • usah biarkan hidup anda diselubungi...misteriii.... 

15 February 2011

awak betulkan motor dan kereta,saya betulkan kapal terbang

assalammualaikum dan wassup everyone...

Pada hari rabu minggu lepas aku selamat mendaftarkan diri kat Kolej Yayasan Melaka (KYM)...Kelas aku seramai 14 orang...tapi bulan Mac nanti ada pendaftaran pelajar baru lagi...Oleh kerana ni kursus baru kat KYM,kira kitorang la paling senior.hehe...respect senior yo! http://www.emocutez.com

Ada 14 kucing orang dalam kursus ni termasuk la aku..Harapan untuk dapat cari awek berkecai kerana semua nyer jantan lelaki...adoi!! http://www.emocutez.com  

Tapi yang bes ada ramai awek lawa kat KYM ni..hehe...agak besar market berbanding kat UTeM dulu..hua3..ok berhenti menggatal..

Pada hari khamis iaitu keesokan nyer,kitorang dibawa secara mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam..melawat CTRM...lawatan secara mengejut,jadi tak sempat nak bawa kamera..rase agak rugi..

Kat CTRM, kitorang ditunjukkan dengan model Eagle 150B yang digunakan untuk melatih bakal-bakal pilot..

ni la Eagle 150B

Kitorang pun diterangkan pasal macam mane mesin terbang ni beroperasi..tapi takder pun naik benda ni..macam mane pun aku cukup gembira bile dapat tengok dekat-dekat dan lagi penting dapat sentuh..huhu

http://www.emocutez.com
"Eh..perasan lebih-lebih lak ko beruk! "

Walaupun nampak macam cikai-cikai je benda ni tapi serius teknologi dier wat aku terpegun..Jurutera dan mekanik kat sana cakap untuk terbangkan benda alah ni, kelajuan minimum mesti la around 65 km/j dan bergerak melawan angin..

 Banyak sangat meter kat dashboard

Ok berbalik kepada kursus aku..kursus LAME bermaksud Licensed Aircraft Maintenance Engineering mengambil masa 4 tahun.Berbanding rakan-rakan aku yang study untuk mendapat ijazah atau diploma, aku lak belajar untuk mendapatkan lesen..yup, lesen macam nak bawa kereta..Tapi dalam kursus ni kitorang tak sentuh pun heli, cuma belajar pasal kapal terbang..Model kat atas ni baru basic jer sebelum dapat 'pomenkan' model lebih besar macam Boeing 747 ataupun Airbus A380...

 nak pomenkan A380

http://www.emocutez.com
jangan nak berangan,aku je leh pomenkan tau! 

Korang takyah la nak risau pasal aku kat sini..Cewah!!..aku mendapat layanan 1st class beb..dapat bilik darjah baru, meja baru, kerusi berkusyen baru...dok dalam aircond...Even dapat borak dengan CEO KYM tu..hua3....tapi yang meletihkan kat sini aku kena selalu 'speaking'..yup sumer benda kena 'talk in english'..walaupun sesama rakan dalam kelas...sekarang aku dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan ni..Kalu tak mula sekarang, bile lagi nak mula...Mane tau rezeki aku kerja kat atas laut (oversea).. 

Hensem tak gambo porno profil aku..huhu..tu la uniform aku pakai selama kat sini..walaupun macam budak sekolah tapi rase riak bangga mase kat KYM tak dapat dibendung... http://www.emocutez.com

Ramai gak awek dok usha-usha kitorang kat KYM ni..harap-harap dapat la sangkut sekor..hua3...

Kursus ni agak berat,bukan sebab aku kena angkat plane tu tiap-tiap hari tapi sebab aku perlu habiskan 2400 jam mase kuliah..Jadi kelas aku setiap hari bermula dari pukul 8am sampai la 5pm..fuh!!..sangat menguji kekuatan mental dan fizikal.

Dalam 14 orang tu,aku orang kedua paling tua senior..paling tua senior berumur 25 tahun..sebelum ni dia ada study benda ni kat akademi TUDM..aku dengar macam tu jela..majoriti just budak-budak hingusan yang baru lepas spm dan budak matrikulasi..Jadi dengan pengalaman aku belajar kat UTeM dulu,leh la aku nak berlagak tunjuk ajar budak-budak ni dalam aspek sistem elektronik bagi kapal terbang..walaupun aku seorang budak gagal sebelum ni.

http://www.emocutez.com 
beruk menerima lecture aku sekarang

nota sakit jiwa ::
  • baru aku tau rupe nyer Boeing tu syarikat dari USA manakala Airbus lak syarikat dari eropah.
  • Air Force One merupakan salah satu model dari syarikat Boeing.
  • Berharap sangat nanti dapat bekerja kat syarikat Emirates..dapat gi tengok team Arsenal lawan kat stadium Emirates secara free..hua3
  • Terdapat 2 jenis enjin kapal terbang.Bagi model besar, diorang guna enjin turbin manakala model kecil macam Eagle lak guna model piston.

sekadar hiasan dinding



09 February 2011

Tips membela laptop anda




Assalammualaikum...hola..hari ni aku nak bagi tips sikit macam mana nak jaga awek laptop supaya tahan lama..aku rembat dari wikileaks surat khabar. http://www.emocutez.com
Bateri
  • Elak dari guna bateri..lagi baik guna kuasa terus dari punca elektrik.
  • Laptop jadi lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Kalau bateri dah habis dicas,guna kuasa dari adapter.
  • Kuasa bateri dah sampai 10% baru korang cas balik.
  • Kalau selalu cas,bateri akan hilang keupayaan simpan tenaga dibawah 50%

Surge Protector
  •  Berfungsi untuk menjaga perisian dan perkakasan dari rosak
  • boleh gak menjaga perkakasan dalaman laptop macam pemacu cakera keras wadafak (HDD) dan juga power supply
Ok ni jela kot aku nak kongsi.ada banyak lagi tapi rase macam malas pulak nak taip..huhu


lawa tak b0nt0t saya??


http://www.emocutez.com
"what is b0nt0t,shidy?" 

02 February 2011

BAHAYA :: PATI bersembunyi di dapur aku

Assalammualaikum dan hola sumer..

Tadi aku mendengar bunyi tapak kaki bergerak di dapur aku...menakutkan...


http://www.emocutez.com
"Helo..ni RELA ker?"

Tidak..bukan bunyi manusia..sesuatu yang aku kenali dulu..pantas aku memasang perangkap..TIBA-TIBA..

http://www.emocutez.com
mode :: seram-seram kuku



Ni la wajah sebenar PATI tu

Sepantas kilat mencapai boxer kamera didalam bilik aku.

http://www.emocutez.com
Aku ambil,bukan beruk ni 

Yup..ni tangkapan kedua dalam tempoh sebulan..Banyak tol spesies ni kat rumah aku...Membuatkan aku mempertimbangkan kembali idea membela seekor khinzir kucing..adoii!!... 


 "Wanna my service bro??"

nota sakit jiwa ::
  • kepada yang tak tau,PATI tu bermaksud Pendatang asing tanpa izin..bukan makhluk asing tau!!

  • tikus ni bakal menjalani hukuman buang daerah awal pagi esok.
  • aku ambil gambo tikus ni sekeping je terus bateri kong..Damn!!
http://www.emocutez.com
"cis!..ko gelak aku beruk"