BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 November 2010

Nyawaku atau nyawamu sayang? (part 2)

Bunyi letupan yang kuat itu telah menyedarkan Juliana dari pengsan.Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya.Tapi yang kelihatan hanyalah kegelapan yang malap.Rupanya dia dan Mira telah terkurung didalam sebuah bilik gelap.Terdapat pintu besi dihadapan bilik itu yang mempunyai sebuah lubang kecil-mungkin tempat menghulurkan makanan dari luar.

Gambar Hiasan

Juliana mengejutkan Mira.Mereka berdua terus mengetuk pintu tersebut sambil menangis.Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki dari sebalik pintu tersebut yang menyuruh mereka mendiamkan diri.Dia memperkenalkan diri sebagai Y dan mencampakkan 2 botol air mineral dari lubang yang terdapat dibawah pintu tersebut.

Beberapa hari telah berlalu.Sejak tersedar dari pengsan,mereka tidak pernah menjamah sebarang makanan-hanya meminum air mineral yang diberikan oleh Y.Pada suatu hari,badan Juliana mulai panas.Mira memberanikan diri memanggil Y untuk memberitahu keadaan Juliana.

Tiba-tiba Y mencampakkan 2 batang paku payung dari lubang dibawah pintu tersebut.Mereka berdua terkejut apabila melihat paku tersebut.

Gambar hiasan

"Aku boleh lepaskan korang,tapi seorang saja.Seorang lagi kena mati.Aku nak korang berbunuhan sesama sendiri."

Setelah mendengar arahan Y,mereka berdua menangis sambil merayu agar dilepaskan.

*************************************************************************************

Sejak memberikan 2 batang paku kepada mereka berdua,Y tidak lagi memberikan mereka air mineral.Mereka menjadi haus dan tertekan.

Beberapa jam selepas itu,keadaan Juliana semakin tenat.Suhu badannya semakin naik.Juliana meminta Mira membunuhnya supaya Mira boleh melepaskan diri.Mira menyatakan dia tidak sampai hati hendak membunuh kawan baiknya sendiri dan meminta Juliana supaya terus bersabar.Dengan keadaan Juliana semakin serius,Mira pula menjadi semakin haus kerana tidak meminum air untuk beberapa jam.

"Mira,aku tahu aku takde harapan untuk keluar hidup-hidup dari sini."

"Wei!,ape kau merepek ni?!.Kita berdua akan selamat nanti.Percayalah cakap aku."

Mira merapati Juliana yang sedang terbaring.Dia memegang tangan kawan baiknya tanpa menyedari bahawa tangan Juliana sedang memegang paku itu.

Tiba-tiba,Juliana menarik tangannya menyebabkan paku tersebut tertusuk tepat didadanya.Mira tersentak.

"Maafkan aku Mira.Aku harap kau selamat keluar dari sini."

"Juliana!".

Mira menjerit sekuat hati.Juliana terkulai layu diriba Mira.Mira bingkas bangun dan pergi ke pintu bilik itu.

"Hoi!.Lepaskan aku,binatang!.Kawan aku dah mati.Puas hati kau?!."

Kedengaran suara Y ketawa berdekah-dekah disebalik pintu tersebut.

"Kau dah bunuh kawan kau?.Bagus-bagus,nanti aku lepaskan kau."

"Kenapa kau buat kami macam ni?.Apa dosa kami pada kau?."

"Aku benci bila tengok orang bercinta dan mempunyai sahabat baik.Kenapa kau tinggalkan aku semata-mata kerana Adam?.Kau kan tahu aku dengan Adam kawan baik dari kecil lagi.Sanggup kau kahwini dia,Fatin?.Sampai hati kau buat aku macam ni?."

Mira menjadi hairan.Beliau tidak mengenali Adam dan Fatin.Akibat keletihan,Mira terlelap disisi mayat Juliana.

*************************************************************************************

Keesokan harinya,Mira tersedar apabila cahaya matahari memancar terik.Dia melihat sekeliling.Disisinya,Arif masih tidak sedarkan diri lagi dengan pergelangan tangannya dibalut dengan kain.Mereka berdua terdampar ditepi pantai.

Gambar Hiasan

Mira mengejutkan Arif.Dengan bersusah payah,mereka berjalan menuju ke sebuah rumah kampung ditepi pantai itu.Tuan rumah segera membantu mereka sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran.

Setelah pulih,mereka membuat laporan polis.Mereka mengaitkan Abang Yaakob sebagai suspek utama kes pemmbunuhan ini.Ketika itulah baru mereka mengetahui apa yang terjadi kepada Fairul dan Juliana.Setelah kalah dalam pertarungan catur,Y telah menembak mati Fairul dihadapan Arif.

*************************************************************************************

Beberapa hari kemudian,pihak polis telah menghubungi mereka berdua untuk memberitahu tentang penemuan mayat Fairul dan Juliana.Mayat mereka berdua telah ditemui didalam khemah yang mereka gunakan di Pulau Pandan.

Ketika menyerbu rumah Abang Yaakob,pihak polis telah menemui mayat Abang Yaakob tergantung diruang tamu rumahnya.Menurut laporan autopsi,Abang Yaakob telah membunuh diri seminggu sebelum mayatnya ditemui.

Gambar Hiasan

Arif dan Mira hanya mampu berpandangan sesama sendiri.Mereka bersyukur kerana mayat kedua-dua kawan baik mereka telah dijumpai.Tapi malangnya,Abang Yaakob terlepas-terlepas dari hukuman dunia tapi bukan hukuman di akhirat.

--TAMAT--

Pengumuman dari Big Boss of Siput..penting!

Tadi aku baru sahaja menyiapkan draf bagi sambungan cerita aku tu..Jadi mungkin malam ni aku akan post sambungan cerita dan penamat nyer.Sekarang ni sedang mencari gambar-gambar menarik untuk disumbat..Gambar yang mungkin menaikkan mood ketika membaca nyer.hehe..

MySpace

Pape pun terima kasih la kepada yang sudi membaca cerita mengarut aku..Awal-awal aku dah beritahu;cerita 18SG,jadi jangan ikut ek apa yang aku ceritakan dalam tu.Aku tak bertanggungjawab termasuk la kalau korang tak leh tido malam ni.haha...

MySpace

pesanan penaja::

1)ok tak template baru aku ni.Tiba-tiba lak nak tukar dan mendapat inspirasi dari gambar Darth Vader dalam post sebelum ni.huhu

2)Baru tengok gred bagi subjek Numerical Analysis.Agak kecewa dan marah sekarang..nyesal aku aktif dalam kelas dia.arghh!!....

3)kalau buat movie bagi cerita aku ni,agak-agak kutipan tiket lagi tinggi tak dari filem '2 alam' ??hahaha...

24 November 2010

Nyawaku atau nyawamu sayang? (18SG)

"Wei Fairul,mana makwe kau ni?.Dah lama dah  kita tunggu kat sini." kata Arif sambil melihat jam tangannya sekilas pandang.Fairul hanya tersengih mendengar soalan Arif.

Mira tergesa-gesa datang ke kafe kolej.Sebenarnya dia baru berjumpa pensyarahnya,meminta tips untuk sem akan datang.Mereka berborak panjang tentang rancangan pada cuti semester ni.Sebelum tu mereka ada juga berbincang didalam Facebook.

Arif berkawan baik dengan Fairul sejak dari sekolah lagi.Lebih-lebih lagi awek mereka,Juliana dan Mira masing-masing berasal dari negeri yang sama.

"Jadi ke plan kita nak camping kat Pulau Pandan ahad ni?" tanya Fairul."Kenapa pulak tak jadi,cuti sem bukan ada aktiviti lain pun.Boring jugak asyik keluar date dengan Ju jer.Haha".Arif  menjawab sambil tersengih melihat aweknya,Juliana.

Juliana hanya tersipu-sipu malu.

"Aku dengan Mira on jer.Nanti kita jumpa pukul 10 pagi kat depan rumah sewa aku."

Keesokannya mereka pun bertolak ke Pulau Pandan.Perjalanan mengambil masa 2 jam dengan menaiki kereta Fairul.Bila tiba di jeti,mereka pun menaiki bot penambang yang sedia menunggu.

Apabila tiba dipantai,mereka pun mengangkut barang mereka ke hutan berhampiran.Abang Yaakob pun turut membantu mereka.Melalui perbualan didalam bot barulah mereka tahu,Abang Yaakob tuan punya bot tu tinggal di kampung berhampiran dengan tempat mereka berkhemah.

Sudah 2 hari mereka berkhemah didalam hutan itu.Pada suatu pagi,mereka baru menyedari bahawa makanan mereka hampir habis.Kebetulan pula,Abang Yaakob membawa nasi goreng untuk mereka semua.

"Abang Yaakob,buat susah-susah je bawa makanan untuk kitorang." kata Juliana."Takpe,abang pun duduk sorang-sorang selama ni.Bila ada korang,baru la rasa ceria sedikit hidup abang ni." jawab Abang Yaakob ringkas.

Ketika mereka semua makan,tiba-tiba Arif mengadu sakit kepala dan pengsan.Semua kawan-kawan Arif turut terkejut.Beberapa minit kemudian semua mereka pengsan.Abang Yaakob tersengih melihat kejadian itu.

*************************************************************************************

Fairul tersedar dan melihat sekelilingnya.Hanya cahaya samar-samar menerangi bilik tersebut.Dia cuba bangun tapi gagal kerana terikat diatas kerusi dengan rantai.Terdapat sebuah meja dan satu set catur dihadapannya.Bertentangan dengan beliau,Arif masih tidak sedarkan diri.Apabila tersedar,Arif meronta-ronta untuk melepaskan diri tapi tak berjaya kerana kaki dan badannya dirantai pada kerusi.Hanya tangannya yang tidak dirantai.

Sorang lelaki berbaju hitam muncul.Mereka cuba melihat mukanya tetapi gagal kerana lelaki itu memakai topeng.Dia memperkenalkan diri sebagai Y.

"Hoi!!..pe kau nak buat dengan kitorang hah?!" jerit Fairul.

"Relax,aku boleh lepaskan tapi seorang jer..Untuk tentukan sapa yang layak untuk keluar,korang kena la main catur ni.Peraturannya mudah jer." jawab Y sambil menunjukkan set catur dihadapan mereka berdua.

Ni peraturannya:

  • 1 buah catur 'Pawn' mati, 1 torehan kat badan.
  • 1 buah catur 'Rook' mati, 1 jari kelinking kena potong.
  • 1 buah catur 'Knight' mati, 1 jari manis kena potong.
  • 1 buah catur 'Bishop' mati, 1 jari hantu kena potong.
  • Kalau buah catur 'Queen' mati, 2 jari telunjuk kena potong.
  • 'CHECKMATE' dan korang mati.

Bonus: kalau sesiapa sepahkan buah catur ni,kamu berdua mati.

Arif resah.Tak sanggup rasanya dia nak bermain permainan ni menentang kawan baiknya sendiri,Fairul.Lagipun dia tak sehandal Fairul yang pernah mewakili sekolah mereka.Fairul pula berfikir ini la peluangnya untuk melepaskan diri.Tapi kalau dia menang,maknanya Arif akan mati.

*************************************************************************************

Mereka mula bermain permainan catur yang bakal menentukan nyawa mereka.Arif menggunakan buah catur berwarna hitam manakala Fairul menggunakan buah catur berwarna putih.Walaupun merasa sakit akibat torehan pisau dibadan mereka ditambah lagi beberapa batang jari mereka yang telah dipotong,mereka masih bermain permainan catur itu tanpa henti.Ini menyukarkan mereka untuk menggerakkan buah catur masing-masing.

Akhirnya saat yang mendebarkan pun tiba.Fairul mempunyai buah catur King dan Queen sahaja manakala Arif mempunyai buah catur King,Queen dan 1 Rook.Masing-masing cuba untuk memerangkap antara satu sama lain.Fairul tersilap langkah mengakibatkan buah catur King beliau terperangkap.

"CHECKMATE!!!".jerit Y.

'POMMM...'.Arif kaku melihat kejadian itu.Sepi.

pesanan penaja:tunggu sambungan cerita ni..Aku tak ciplak ok citer ni,malam tadi aku dapat idea nak buat cerita..

Terima kasih kerana buat aku marah...

Malam tadi aku tengah tengok tv..Tiba-tiba aku teringat kat kawan aku masa matrix dulu...Pompuan...sebelum ni aku message dier,tapi tiba-tiba dia tak reply lepas lama kitorang message.

Jadi aku hantar la message,tanye nape dier tak reply message aku ari tu...Dier cakap dah reply dah,tapi aku cakap takde pun.Aku pun jadi pelik la.

Tiba-tiba dier reply message aku macam ni

"Shidy,mase ko boring baru sibuk nak cr n ajak ak msg."

MySpace

Aku pun terperanjat la...pehal pulak cakap aku macam tu??Lepas tu lama gak la kitorang message sampai aku tak ingat ayat dier...

Yang pasti dia betul-betul buat aku marah...Yela,perli aku pulak...paling tidak pun aku ada jugak message engkau..kalau nak harapkan engkau message aku dulu,jangan harap la...

'Marah tol aku!!'

Lagipun bukan engkau sorang je aku jarang message...kawan-kawan aku yang lain pun aku buat macam tu jugak...bile aku teringat kat kawan aku,baru aku message tanya khabar...walaupun diorang tak pernah message aku dulu.

Wei aku bukan pakwe engkau la nak message 24 jam,masuk jamban pun bawa henpon...Normal la aku message engkau tiba-tiba...kadang-kadang kalau kawan baik aku message,aku berhenti buat semua kerja termasuk study...sebab taknak kecewakan orang yang message aku.

Ni tadi dia baru message aku..dia cakap dia saje nak main-main kan aku dan nak tengok reaksi aku..WADAFAK....kau ingat benda ni leh wat memain ker hah?!....Aku bukan anak patung Barbie la yang leh cabut-cabutkan kepala dan kaki ikut suka hati orang..Menyesal sungguh aku kawan dengan kau....tak tau nak bezakan bile mase nak serius atau nak sempoi..

Ok,sekarang ni aku nak sejukkan hati aku dulu...Yup,at 1 time I can be totally madness but at the same time I can laugh together with you...pe kata orang,2 personaliti?entah,tak reti aku...

'Tetiba lak aku teringatkan Darth Vader"

'Hahahahaha...'

perhati 2 gambo ni..agak-agak sape tiru sape ek....

pesanan penaja::patut nak buat entry lain,tapi nanti la..Idea dah ada,esok-esok la ek aku citer...

MySpace

16 November 2010

Dapat anak buah baru..bes nyer!!

Khamis lepas kakak saudara aku kat Batu Berendam telefon....Dia beritahu mak aku,kita dah dapat anak buah baru...bukan 1 tapi 5....Gembira giler aku masa tu.Tak sabar nak tengok....Tapi tak bawa ke Hospital,beranak kat rumah jer...Giler la,dah macam citer zaman dulu-dulu beranak kat rumah..Setahu aku tak guna bidan.

Taknak aku guna dia jadi bidan..Muka angker je

Ok dengan bangga aku nak tunjuk muka anak buah aku yang baru..haha

Taraaa....comel tak??hehe

Kami bersama mak....

Sebelum ni kucing ni ada gak beranak..Kalau tak silap dalam tahun ni gak la,3 ekor..Jadi sekarang ni 3 + 5 = 8 ekor anak dah dalam setahun..Gila produktif rupe nyer kucing ni...Kalau bakal bini aku jadi macam ni,mati aku...Nak bayar duit PTPTN lagi,bil...huish!!

Yang warna oren tu anak sulung...

"Hilang status anak bongsu aku.tak dapat nak manja-manja lagi"

pesanan penaja::Kucing lagi comel dari beruk..sape sokong angkat bontot..haha 

'Jasa baik' beruk suicide

Sebelum ni aku ada cakap lutut aku injured kan??Semua akibat beruk yang buat suicide tu.Ceh!....ni aku uploadkan gambar aku yang injured dan gambar lutut aku sekarang yang dah berparut..

Ni la gambar lutut aku masa mula-mula eksiden tu

Bawah ni pulak gambar lutut aku sekarang

Nampak kesan hitam kt kepala lutut aku tu??

Akhir sekali terima kasih la ek beruk kerana menghitamkan kepala lutut aku tu sampai bila-bila,dan beri 'pengalaman indah' masa aku nak tidur dan nak berak kat tandas cangkung rumah aku.Eh silap,ko kan dah mampos!!

MySpace

"Takpe shidy...sama-sama"

13 November 2010

Kau tak puas hati dengan aku ke,beruk?!!

Hola...sori la lame tak update blog ni..Sekarang ni sibuk dengan exam la...Isnin ni ada paper lagi.Hurm..

Ok back to our topic.Aku ada citer ke kat sini tentang kejadian eksiden aku 2 tahun lepas??Rase nyer takde kot...Kalu ada aku still nak cerita gak kat sini..haha..

Alkisah kejadian ni berlaku ketika aku ada sem khas pada masa cuti sem...wadafak...awal pagi tu punya la semangat aku nak pergi bengkel untuk buat wiring...sampai kat 1 tempat(sekarang ni ada kedai makan nama Berkat Salam) tu tiba-tiba ada beruk lompat dari penghadang jalan terus ke tengah jalan..So aku tak sempat la brek..

SHITTTTT........BOOMMM!!

terbaring aku atas jalan.Nasib baik takde kereta kat belakang aku...Masa tu ada orang datang tolong..

Betapa kuat kesan perlanggaran tu sampai tayar depan aku senget termasuk la handle nyer...dahsyat tak dahsyat....tengok seluar koyak rabak...tapi tak mendedahkan aurat la.

Apa jadi kat beruk tu???.....beruk tu yang korang risau!!...pe ar...

"Sampai hati bini aku makan ciku sorang-sorang..baik aku mati jer.."

Beruk tu masih leh gerak ke tepi jalan dan mati ditempat kejadian...Tercapai la hasrat beruk tu nak buat suicide dengan melibatkan aku sekali..Cis!!

"Nape tinggalkan kami bang!!"

Nasib baik ada brother tu tolong hantar aku ke klinik Air Keroh...Sampai kat sane doktor pun cuci la luka kat kaki aku..Sempat sapu iodin je sebab lepas tu aku dah lari balik rumah sebab taknak bayar bil klinik.Teruk tak teruk perangai aku.hahaha...tak tipu ok

"Beruk Mati Dilanggar oleh Shidy"...tajuk utama Buletin Beruk

Kenapa aku cerita benda ni??Sebab khamis lepas aku lepak rumah kawan aku study(konon nyer).Rumah member aku ni pulak dekat dengan kawasan semak..Tengah fokus bawa motor tiba-tiba ada 3 ekor beruk jantan buat muka bengis sekor-sekor..Konon nak serang aku dari sebelah kiri...."Nak makan penampar ke hah!!!"...kata aku dalam hati kepada beruk-beruk tu.

"Kita mesti tuntut bela kematian adik ipaw aku!!!"

Nasib baik diorang tak bawa geng lagi ramai untuk serang aku.Bile aku citer kat kawan aku,diorang leh gelak!...hampas tol...

MySpace

"Mission kita gagal boss..."

MySpace

"Takpe kita tuko ke plan B,untuk beruk"

Sampai sekarang aku dok fikir pesal la aku jadi muka wanted kat komuniti beruk??aku ada bunuh geng korang ke?Bile masa aku bunuh,dah dia buat suicide kat jalan raya sape suruh!!...dah la aku kena kuarkan belanja betulkan motor aku...hampir rm200 tau tak beruk!...

p/s:

       1)lepas ni aku jumpa beruk kat mane-mane memang aku carutkan korang sampai anak cucu korang..huh!! 

       2)nak upload gambo parut aku kat kpale lutut tapi lambat lak upload nyer..tengok kat FB aku jela...yang leh aku beritahu sekarang kat bekas luka tu kulit aku jadi hitam..padahal betis aku putih...arghh!!!!