BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

24 October 2010

Banyak nyer fobia ko shidy

Setelah menghantar entry yang merapu dan kurang menyengat sebelum ni maka kali ni aku nak hantar entry yang agak berkualiti la..Mana tau dapat anugerah pape,paling kurang pun belanja Mek D (McD) pun jadi la.hehe

Cerita nyer macam ni..Motorsikal Modenas biru menjadi kenderaan rasmi bagi aku untuk ke kelas setiap hari.Kadang-kadang aku akan terserempak dengan pekerja yang memotong rumput..Bile terjadi macam tu,fobia aku pun datang.Serius cuak tengok orang potong rumput tepi jalan.Fobia aku bersebab..

"Sape lagi hensem,aku ke pokok kat belakang ni??"

Aku ada kenangan buruk pasal benda alah tu..Mase tu aku naik kereta kawan aku untuk pergi 'mengayo'.Sampai kat persimpangan Gangsa lampu pun bertukar merah.Jadi kena la berhenti.Masa tu aku duduk depan sebelah pemandu.Bajet nak usha awek kereta sebelah tapi rupe nyer pasangan Pak Haji dan Mak Haji.Adoi...

MySpace

Lama pulak lampu isyarat tu.Tiba-tiba telinga aku mendengar bunyi berfrekuensi tinggi dekat depan kereta kitorang.."Orang mesin rumput rupenyer"..kata hati aku..Tiba-tiba

DOMMM!!.....

"pe benda tu wei??"aku tanye kawan aku kat sebelah.."Entah,macam kat sebelah kau je".jawab kawan aku..nak kata bunyi pistol,mane aku ada.Pistol air je pun aku main kecik-kecik dulu.Rupe nyer ada batu melantun dari mesin potong rumput dan kena bahagian luar kereta MyVi kawan aku.Serius aku cuak..dah la batu kerikil putih..Aku pandang si pemotong rumput tu.Siamang,pandai dier blah..Buat-buat potong rumput tempat lain..Sure that rock come from him because he looks at us after that sound..

Lampu pun hijau..Kitorang pun berhenti tepi jalan dan tengok kesan batu tu.Nasib baik calar sikit je dan nasib baik kena pintu,kalau kena cermin tempat duduk aku??Kitorang pun teruskan perjalanan sambil menyumpah seranah si siamang yang potong rumput tu..S***,B***,wadafak dan macam-macam lagi menjadi perkataan wajib yang tak lekang dari mulut kitorang masa tu.

MySpace

Kejadian seterusnyer ni banyak kali gak berlaku tapi 1 insiden ni memang buat aku cuak giler babeng.Mase tu aku nak balik sambil menyanyikan lagu Kau Pergi dari Aizat...atas motor bukan ada orang dengar pun.hehe

Aku pun melintasi la sekumpulan pemotong rumput ni..Tiba-tiba visor kat helmet aku berbunyi..Bergoyang gak la aku masa tu.Yela terperanjat..Aku pandang belakang guna side mirror,tak nampak pun bangkai beruk kalau aku langgar tadi..Bila fikir balik mesti batu yang melantun mase diorang potong rumput..

Mula dari masa tu kalau nampak orang potong rumput,mesti aku mengelak ke line tengah..Fobia aku..Nasib baik juga sekarang tak guna mesin yang pakai mata besi..

Masa sekolah rendah ada gak aku dengar orang mati sebab mata pisau ni tercabut dan terpelanting kat orang...Huish!!..

Melaka kan dah maju..sekarang cakap nak jadi negeri teknologi hijau...Daripada mencemarkan alam dengan asap dari mesin tu,kenapa tidak kita guna mesin yang tak payah pun kena tuang minyak bile nak potong rumput..Lebih efektif rase nyer...

"Pesal pandang semacam??tak puas hati jumpa masa final exam la!!"

Ya betul...kita gantikan mesin pemotong rumput dengan lembu...Kalau dah gemuk leh juga makan daging dier.Tol tak?Mesin potong rumput bukan leh makan pun.

"Yahoo..masuk blog shidy..Muuu"

p/s::1) tadi sebut pasal langgar beruk..Takde kena mengena antara beruk hidup kat Zoo Melaka atau pun yang dah mati..Kalau betul pun,cuma kebetulan sahaja..Ceh!!

MySpace

"Blah ar beruk..rase nak tempeleng je muka ko"

        2) Sekarang ni aku tengah tak sihat.Menaip pun atas katil jer..Tapi tak sihat pun panjang gak entry aku kali ni.hehe

23 October 2010

Tikus-versi takde idea nak hantar entry

Sebenar nyer aku memang takde idea nak sumbat pe dalam blog aku sekarang.Tiba-tiba terdengar bunyi tikus kat luar rumah.Sumbat jela entry pasal tikus.Hahaha....Gambar kredit kepada pakcik Google sayang.

Pengkhianat kaum tikus..cis!!

Ehem-ehem..testing,testing

Mesti Tom Cruise takleh cari makan lagi..

20 October 2010

Milo,teh,kopi,tahi??

Mase kecil-kecil dulu mak aku selalu buat air Ovaltine mase kat rumah.Mase tu aku tak kenal sangat jenama lain macam milo..Aku ni ada hobi pelik sikit,bagi aku la..Aku suka sangat ratah milo atau masa tu ratah ovaltine.Kalau korang tak tau,masa tu aku akan masukkan 2 sudu milo atau ovaltine dalam cawan dan makan sikit-sikit.hehe..

Ni ovaltine dalam botol


Ada gak ovaltine bungkus dalam kotak kertas


Bile dah masuk sekolah rendah,kadang-kadang mak aku guna milo pulak.Bile ratah milo ni,memang dapat rasa la perbezaan dengan Ovaltine..Milo ni bila ratah,rase nyer lagi pahit tapi sedap.Teringat lagi masa tu selalu lori milo datang sekolah dan bagi sorang 1 cawan milo..Minum dalam kelas ramai-ramai.haha...


Minum Milo anda jadi sihat dan kuat..


Masa kat matrix pulak,pertama kali duduk jauh dari keluarga..Selalu tido lambat untuk study(read:berbual kosong & mengumpat)..untuk hilangkan mengantuk selalu la aku buat air teh kosong..Atau nama lain nyer air masjid sebab selalu kenduri kat masjid buat air ni.hehe...Memang bes air teh kosong dan letak gula banyak-banyak...segar mata bile dapat.


Jenama Boh jer.yang lain tak pernah rase..


Masuk UTeM,lidah ni nak sesuatu yang baru...Kafein dalam teh tak cukup.Jadi tuko lagi selera.kali ni mencuba air kopi..tapi bukan kopi o...tak suka aku benda yang pahit ni.hehe...Tapi lalu ke anak tekak korang kalau minum air kopi 'luwak'??air kopi yang dihasilkan dari biji kopi yang dikutip dari tahi musang..yarkk!!....Dengar nyer kopi ni la yang paling mahal sekarang.


"pela manusia..tahi aku pun nak makan!"


"Sape nak makan tahi,angkat perut!"

MySpace

p/s:Lepas ni pe lagi menu minuman aku...yang pasti nyer bukan kopi Luwak..hehe

19 October 2010

Setan berubah jadi babi..kejadian ajaib

Mula-mula aku malas nak post entry dengan perkataan tu..Tapi disebabkan sakit nyer jiwa sekarang ni terpaksa la aku gunakan perkataan tu..Maaf kalau ada yang sensitif..Aku gunakan nama binatang tu untuk menunjukkan betapa jijik nyer haiwan-haiwan yang berlonggok depan rumah aku ni.

Sekarang ni aku tengah study untuk test yang mungkin khamis ni.Tengah sedap-sedap study sambil dengar lagu MCR tiba-tiba aku terdengar bunyi binatang kat luar rumah..Macam tak pernah dengar je bunyi tu..Tengok kalendar kat henpon,malam ni malam rabu..bukan malam jumaat."Hantu ape pulak yang sesat ni??" said my liver..Dengan cepat aku mencapai kamera yang memang ready kat dalam bilik..

"Huish,banyak nyer babi depan rumah aku.Habis la pagi esok nak kena samak depan rumah aku ni!"..Pelik,bila aku on je kamera,babi-babi ni terus berubah menjadi macam manusia..Macam cerita transformers pun ada.Nak kata geng Optimus Prime dengan Bumble Bee,bodoh benar diorang tuko jadi binatang.Kalau tak percaya tengok gambo ni


Lihat,ada banyak babi...jenis gemuk pun ada.Ajaib!

Fuyoo...banyak nyer geng kita depan rumah shidy

p/s:Mengotorkan blog dengan gambar tak sepatut nyer..Tak perlu la samak laptop korang..

18 October 2010

Mini Cooper @ Kelisa..

Sabtu lepas aku tengok majalah 3..pasal kereta antik yang di'modified'..smart giler daripada besi buruk terus nampak macam kereta baru..Kalau orang beri kereta dah modified tu kat aku,takkan nak tolak kan?

Sebenar nyer aku minat gak tengok kereta mini cooper ni @ kereta Mr.Bean..bukan setakat comel tapi sangat praktikal..Hebat tol pencipta kereta tu..Aku dok cari gak maklumat dan gambar kereta ni..Guna pakcik Google.Ni laa hasil yang aku dapat.

Malaysia pun ada gak jenis kereta kecil ni..Setahu aku Kancil dan Kelisa tapi yang paling aku minat mesti la Kelisa..Bentuk yang hampir sama dengan Mini Cooper..Tak dapat bayangkan kalau aku ada duit banyak.Mesti nampak hebat kalau Kelisa ni aku 'modified' jadi bentuk Mini Cooper.Giler gempak!

16 October 2010

I'm a Malaccan..anda faham bahasa saya??

Bagus tol mata aku tak boleh tido sekarang..Pukul 9 tadi aku dah tido sekejap..So daripada buang masa ni baik aku hantar entry baru kat sini.

Rabu lepas aku jadi bahan kat Bilik Kuliah.Sh*t tol..dalam baik aku kena.tapi aku tak ambil pusing pun benda tu semua..ada 1 isu aku nak bangkitkan dalam blog ni..Pensyarah aku ada tanye,kenapa bahasa orang Melaka ni macam kasar je bunyi nyer?

Ni aku senaraikan perkataan-perkataan 'favourite' yang sering dituturkan oleh orang kat area Melaka.maaf kalau anda rasa sensitif

  1. Lahanat
  2. Cibai
  3. Lahabau
  4. Hawau
  5. Babi
  6. Sial 
  7. Barua
  8. Anjing

Etc....kamus aku pun tak lengkap sangat.hehe

Ok 4 perkataan pertama tu antara perkataan kesukaan orang Melaka bile diorang berbual..Aku teringat lagi ada 1 dialog yang pernah aku dengar kat kampung ni..

Venue:Kedai makan

Masa:Awal pagi rase nyer

Dialog: "Wei *****(nama orang),Hawau kau..Aku ingatkan kau dah lame mampos.Sial tol kau ni,macam anjing."

MySpace

Hahaha....kalau orang luar mesti terperanjat kan??Dalam baik dah kena sial.Tapi menurut orang Melaka macam aku ni,tu menunjukkan si penutur tu dah lama tak jumpe orang yang kena sial tu.

Tapi bukan semua orang Melaka cakap macam tu.Mase kecik-kecik aku tinggal kat daerah Alor Gajah.Hampir-hampir dengan Negeri Sembilan.Kebanyakkan orang kat sana cakap dialek Negeri Sembilan,sampai aku pun sekali.hehe..Tapi bile dah duduk area melaka tengah ni aku dah kurang dah cakap dialek Negeri Sembilan.Tapi masih faham la kalau orang cakap dialek tu.

Biase nyer,yang cakap kasar ni orang yang duduk kat pedalaman Melaka atau pun yang duduk kat area Melaka Tengah dan Jasin..Jadi kalau nak cakap kasar macam tu,orang Melaka tak terasa sangat la.

Ada satu jer aku tak puas hati.Masa kat matrix dulu,aku ada kawan dari Kelantan dan Penang.Mase tu kitorang tengah study same-same.Tiba-tiba jer mamat dari Kelantan tu kritik aku.

"Wei betul ke orang Melaka ni suka bahasa kasar??tak takut dosa ke?"

MySpace

Mase tu darah aku memang dah mendidih.tapi aku tak jawab pun soalan dier.Geng aku dari Penang pun tenung dier semacam.

Aku bukan aper,kalau ikutkan orang Kelantan pun ada gak guna bahasa kasar..sikit-sikit 'binate mung'..Tapi aku tak kritik pun semua orang Kelantan.Aku terima je dialek diorang.Lagipun 1 semester kat matrix aku duduk dengan budak Kelantan.Ok jer...

Tapi bile kat UTeM ni dan jumpa orang dari pelbagai negeri,aku takde la cakap kasar..Cover la beb!..Ada gak kawan aku tanye,nape ko tak cakap macam tu?.huhu..Aku cakap bahasa kasar tu bile aku dengan geng aku mase sekolah dulu jer.Sebab diorang sume asal Melaka.

Moral of the story::CINTAILAH BAHASA KITA...hehe

MySpace

12 October 2010

Patut la hari ni panas jer...

Tengah dok hadap laptop tiba-tiba henpon sabun aku yang buruk berbunyi..Celcom nyer message la tu.Entah pe lagi dier nak promote.

"Oit makhluk,kau tak pergi kelas duen ke ni??"

"Kelas duen??bukan dier nak buat talk je ker petang ni?"jawab aku dengan muka inno'cent'

MySpace

"Banyak la kau.dier buat kelas pagi ni sampai kul 12.30..then sambung dari 2.30 sampai 4.30."

"S***...pesal korang tak beritahu aku!!".Serius aku terperanjat beruk masa bace message dier.

MySpace

"Ok la,aku nak fokus kat kelas dier ni..Petang ni datang tau."


Dapat korang bayangkan perasaan aku masa ni..Ader kelas tapi sorang pun tak beritahu.Nasib baik mamat tu tanye aku,kira boleh dimaafkan la jugak..Kot yer pun tak boleh ke message aku,bagitahu la kat Facebook ke..Semalam kul 1.30 am aku baru tido.Takkan la korang baru dapat newz tu kul 3 am??tapi kalu post pagi tadi pun sure aku perasan coz aku awal pagi dah buka Facebook.Ceh!

Seriusly aku nak study kaw-kaw untuk kuiz Benh jumaat ni dan test DSP next week.Jangan harap aku nak bagi korang tiru.Shit!!

MySpace


p/s:Kalau sape tanye nape aku tak gi kelas pagi tadi memang aku tenung dier macam hantu.1 perkataan pun aku takkan keluar kan.Huh!!

Ujian Mengenali Signboard

Dulu mase nak ambil lesen motor,aku kena duduki test ni secara berkomputer..Jadi nak test tengok aku ingat lagi ke tak maksud signboard.




Jawapan: Depan nanti kita leh belok kanan.

Actually: Untuk VIP(very idiot person) dan VVIP(very-very idiot person).




Jawapan: Ader tempat parking kat sane.

Actually: Tempat hancurkan kereta anda.Dijamin kami gunakan kapak jer.



Jawapan: Parking Motorsikal free

Actually: Ko parking la kat sini.Sure tak kena denda dengan MBMB..haha



Jawapan: Dilarang masuk

Actually: Takde hantu kat sini..Ghostbuster tak payah nak gatal tangan cari kat sini.


Adoi sumer jawapan aku salah.




Takpe,ni soalan bonus


Jawapan: Restoran ni sentiasa dipenuhi pelanggan setiap hari.

Actually: Restoran ni bukan tempat ko wat part-time mase cuti dulu la shidy.Hahaha


p/s:Macam mane nak ambil lesen kereta nanti??









Pengurus baru Arsenal??


London: Satu sidang media telah diadakan bagi mengumumkan pelantikan seorang warga Malaysia sebagai pengurus baru team Arsenal bagi menggantikan Arsene Wenger.

Wartawan@sawan: Tahniah atas pelantikan anda Shidy.


Shidy: Dah lama dah saya dok tunggu Wenger tu blah..akhir nyer tercapai gak.Nasib baik dier sembelit sekarang.


Diorang fired aku time tengah sembelit.sampai hati korang?!


sawan: Boleh kami tau apa pendekatan taktikal anda?

Shidy: Senang jer..kalau menyerang saya pastikan sumer naik atas..keeper pn same..Mane aci Almunia sorang dok makan choki2 kat depan gawang..pemain lain pun nak jugak.


sawan: Anda hadir ketika team ni kurang staf..Ape tindakan anda?

Shidy: Aku tau la..menyibuk je.Ok saya akan pastikan saya mendapat staff terbaik buat team ni.Sekarang ni kami kekurangn staff untuk bancuh air sirap..Saya nak pastikan staff untuk jawatan ni mesti pandai bancuh air feveret saya,air bandung.


sawan: ape hubungan anda dengan pengurus lain macam ferguson dan ancelotti?

Shidy: Hubungan dengan ferguson ok jer.saya ingat lagi dier pernah pinjam seterika & penyepit baju saya mase kitorang dok matrix dulu.Ancelotti pun same..Kitorang selalu pancitkan tayar kereta cikgu time sekolah rendah dulu.bes siot time tu.


Patut la kabur semacam.Shidy punye rupe nyer


Lu pikir la sendiri!!


sawan: akhir sekali,ape matlamat anda ketika mengambil alih team ni dipertengahan musim?

Shidy: Ha,saya dengar team Liverpool nak kena jual.So, saya akan contohi pe Hodgson dah buat kat Anfield.Malam ni saya akan contact dier guna Facebook ataupun YM..Macam bes jer turun ke liga Championship.Selain tu saya nak pastikan Arshavin dan Fabregas blah dari team ni..Dah la tak pandai cakap melayu..Muet pun gagal.Memalukan..tak ada band pun,just band indie jer diorang ada.

11 October 2010

Karut Carut dalam bola

Ni antara beberapa benda mengarut(bukan mencarut) dalam bola yang aku dapat dari majalah.


Steve Bruce
"huh!..dah la bau kau macam ****..nak jadi awek aku??"

mamat ni tak boleh tengok team dier ambil penalti."Sesuatu yang bodoh".katanyer

Shidy: Ele...aku tendang bola pantai pun belum tentu gol kalau dapat penalti..haha


Malvin Kamara
"sure ramai komen kat wall aku nanti!"

Dia ni lak selalu tonton citer "Willy wonka and the chocolate factory" sebelum match sebab dier cakap leh buat mood dier ok.

Shidy: Daripada tengok citer tu baik ko tengok citer Teletubies..tak pun drama paling top kat Malaysia ni...Jidin...ke Sesame Street??


Neil Warnock
"mamak...teh sarbat 1 kole!!"

Manager ni akan stop kat lampu isyarat on the way nak balik rumah walaupun lampu dah tukar hijau.

Shidy:Mesti muka dier dah menjadi muka wanted kat JPJ london.(ade ker?)..sumer orang dok pandang dier je mase tu.."aku rase macam nak bagi penampau je kat dier"..kata seorang saksi dengan slang melaka yang agak piyor...hahaha





































































04 October 2010

Perangai buruk hari ini

Isnin(4/10/10)

Hari ni hari isnin.sepatut nyer aku pulangkan buku kat perpustakaan UTeM tapi aku tak pulangkan pun.Hahaha...teruk betul perangai.

Esok kot pulangkan buku..aku pinjam 2 buku.

Hari ni tak ada kelas langsung.rugi la kalau datang sana.Buat habis minyak motor je.kalau duduk dalam kawasan tu tak apa jugak..(tapi kalau duduk sana makna nyer aku bukan manusia la sebab asrama pelajar tak bina lagi kat sana)..hahaha

MySpace

p/s:minta maaf ek UTeM especially perpustakaan UTeM

MySpace

02 October 2010

Al-Fatihah buat mereka..

Tadi mase tengok berita,aku dengar ada budak-budak UTeM yang meninggal dunia semasa pergi open house kat Jasin.

Kalau betul la,takziah aku ucapkan kepada keluarga mereka.Hadapi ujian ini dengan tabah.

Mari sedekahkan Al-Fatihah buat mereka...

p/s:Berhati-hati di jalan raya...

Batu nisan buat ayahku

Ni gambar batu nisan arwah ayah aku.Pagi tadi baru sampai sini.Maaf la kalau aku post gambar ni.Mane tau kalau ada yang sensitif.InsyaALLAH pagi esok kitorang letak la kat kubur arwah ayah aku.




Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya...Al-Fatihah


'Gangguan' setiap malam

Gangguan yang aku maksudkan dalam entry ni bukan kroni-kroni syaitan dan segala hantu jembalang tapi gangguan yang kami (aku dan mak aku) alami ni tak kurang serius nyer.Adapun gangguan dari makhluk-makhluk ni selalu menjelma setiap malam tanpa pernah dapat cuti 'MC' dan tambah pelik lagi selalu muncul selepas azan Maghrib dan muncul tanpa mengira waktu-walaupun umum nyer kita tahu syaitan kena ikat bulan pose tapi makhluk ni masih ada jugak.Aku berjaya mengambil gambar sekumpulan makhluk tu ketika jam menunjukkan pukul 12.30 am.

Biasanyer makhluk ni ramai tapi malam ni 4 ekor je

Maaf kalu gambar tak 'clear'

Ni la gambar yang aku ambil sorok-sorok (elak kantoi).Kalau nak tahu makhluk ni boleh tidur kat depan rumah orang lain sampai ke pagi..Teruk nyer!

Apela nak jadi budak-budak kampung aku ni.Kecik-kecik macam tu dah pandai hisap rokok.Dah la tu,nak pergi sekolah malas.Aku yang jadi jiran sampai boleh terjaga kalau mak bapak diorang kejut pergi sekolah hari-hari tapi akhir nyer diorang ponteng jugak.Macam-macam lagi la salah laku diorang ni sampai rasa nyer lenguh juga aku nak taip kat sini.

tapi yang paling aku tak boleh terima diorang main judi kat rumah depan aku ni.Bulan pose lak tu..Nampak dengan mata kepala aku sendiri..Aneka jenis judi diorang main..Aku dah tengok dah.Dulu masa aku kecik-kecik,mak bapak diorang yang main.Ni diorang wariskan pulak kat anak-anak diorang...Astaghfirullah...

p/s: InsyaALLAH kalau aku dah kahwin & ada anak,aku akan didik diorang supaya tak jadi macam makhluk-makhluk ni