BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

19 March 2010

Malang Dihari Jumaat

Salam...aku just nak beritahu betapa 'agak' malang nyer hari ni.Mula-mula sekali dah la kena hantar student journal hari ni.Padahal baru tahu semalam.Marah betul.tak pasal-pasal makin bertambah lagi kerja aku tadi.Aku rasa macam bodoh jer buat semua ni.huh!...agak tension jugak la.Kenapa tak boleh beritahu awal-awal benda yang penting macam ni.Semalam baru tahu bout it.Aku ada jurnal tu kat rumah tapi rasa macam bodoh pulak nak kena balik rumah sekejap semata-mata buku kecil tu.

Ok,yang kedua.aku beritahu 'straight-froward'.Tadi masa nak balik kelas aku tertumpahkan air soya kat seat belakang kereta kawan aku.Bodoh tul!!...Semuanyer sebab hp aku ni.Aku ingatkan tertinggal kat stesen petronas tu.Tak pasal-pasal kena pergi car wash.Nasib baik kena rm12 jerk.Dah la aku baru keluarkan duit kat mesin atm di stesen petronas tu.Ish marah tol!...Kepada tuan punya kereta tu,aku minta maaf la sangat-sangat.Aku bukan sengaja pun.

Okla,last sekali setelah lama tunggu dapat gak streamyx disambung kembali ke rumah ni.Boring tol takda internet ni.Tak sangka pulak first entry pasal benda yang malang.Tapi takpe la,benda dah berlaku nak buat macam manakan?Takkan nak marah Tuhan pulak!

0 komen: